Majistret mengarahkan pemandu teksi membayar kompaun selepas mereka setuju selesai secara baik
PETALING JAYA: Pemandu teksi Azmi Mat Mokhtar, diarah membayar kompaun berjumlah RM1,000 kepada tiga ‘Gadis Myvi’ yang dilanggarnya, pada Mac lalu.
Dalam keputusan yang sama Majistret Elyana Razali, turut memerintahkan bapa tiga gadis itu, Syed Fareid Yahya, 51, membayar kompaun berjumlah RM50 kepada Azmi, 54.
Menurut laporan Berita Harian Online, keputusan itu diambil selepas kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan perkara itu secara baik berdasarkan terma yang dipersetujui bersama.
Pergaduhan antara Azmi dan ‘Gadis Myvi’, Sharifah Fara Difla, 28, Sharifah Fara Afzan, 27 dan Sharifah Fara Ryyana, 24, di Stesen Minyak Petron, Seksyen 7, dekat sini pada 29 Mac lalu, menjadi viral di laman sosial.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan