AZIZI SUNIP
Perhimpunan bantah GST
adalah satu daripada contoh demonstrasi jalanan di mana rakyat tidak
berpuas hati dengan pelaksanaan GST pada 1Mei lalu.
KUALA LUMPUR- Walau apa pun isu yang cuba dibangkitkan dalam demosntrasi jalanan, tujuannya adalah satu – untuk menyampaikan mesej dan hasrat rakyat.
Itu adalah di antara pandangan daripada orang ramai yang ditemui The Rakyat Post mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan dijadikan isu demonstrasi jalanan.
Bagi seorang pekerja swasta Mohamad Razi,
38, isu ketelusan pemimpin pada hari ini baik di kalangan kerajaan
mahupun pembangkang masih samar, rakyat tidak tahu siapa yang
benar-benar jujur melaksanakan amanah.
“Dengan demonstrasi paling tidak rakyat
mampu menyuarakan pendapat kerana rakyat mempunyai hak, kalau buat
report polis secara bersendirian tidak ada sokongan ramai macam tidak
berguna, paling tidak itu cara yang ada buat masa ini,” katanya kepada
TheRakyatPost.
Jelasnya, rakyat merasai peningkatan kos
sara hidup dengan pelaksanaan GST dan kenaikan harga minyak, oleh itu
perhimpunan aman adalah salah satu cara demokrasi untuk menyuarakan
bantahan.
Pendapat yang sama dikongsikan oleh
seorang pemandu teksi sambilan N. R. John, 59, katanya perkara ini
adalah disebabkan isu ketelusan daripada kerajaan, lebih lama pihak
berwajib berdiam diri dan tidak menjelaskan kepada rakyat sudah pasti
cara terakhir adalah demonstrasi di jalanan.
“Kerajaan perlu meletakkan hala tuju
mengenai isu ini, pembangunan pesat di negara ini amat dihargai tetapi
pengurusan kewangan negara harus berhemah, bagaimana negara mahu
menyelesaikan hutang jika tidak dari cukai yang dikutip dari rakyat,”
katanya.
Beliau menambah, semasa zaman Perdana
Menteri pertama Tunku Abdul Rahman tidak pernah wujud masalah seperti
ini namun peredaran zaman mengubah keperluan dan kehendak.
“Tidak salah melakukan demonstrasi jalanan secara aman kerana dengan cara ini kerajaan akan tahu apa yang rakyat mahukan.”
Terdahulu, aktivis sosial menggesa supaya
rakyat berhimpun dan mengepung kawasan Parlimen kerana ia dilihat sudah
tidak lagi bebas.
DAP tidak menolak bahawa bakal berlakunya
satu demonstrasi jalanan yang akan diadakan secara besar-besaran bagi
meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan
penjelasan mengenai tuduhan Wall Street Journal (WSJ).
Jumaat lalu, WSJ menyiarkan laporan yang
mendakwa sejumlah hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana milik 1MDB
disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Pada hari yang sama, Pejabat Perdana
Menteri menafikan laporan WSJ itu dan menyifatkan ia sebagai sabotaj
politik untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara
demokratik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan