AZIZI SUNIP
Perhimpunan anti-GST pada
1 Mei lalu dilihat sebagai protes sehala kerana tiada tindakan balas
seteru atau penyokong seseorang individu itu. - Foto fail TRP
KUALA LUMPUR- Pensyarah Geostrategi UTM, Prof Dr Azmi Hasan berpendapat, demonstrasi jalanan untuk memaksa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan atau mengambil cuti bakal dijadikan modal pembangkang yang diibaratkan ‘Menangguk di air keruh’.
Jelasnya demostrasi jalanan adalah contoh klasik pembangkang untuk meraih maanfaat demi kepentingan agenda politik mereka.
“Apa yg dicadangkan oleh pembangkang
tidak menghairankan kerana ia adalah contoh klasik untuk mereka meraih
manfaat dalam agenda politik mereka.
“Malah dalam pakatan pembangkang yang
sedang dilanda masalah maka peluang sebegini amat rugi kalau tidak
digunakan secara sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi TheRakyatPost.
Menurut Profesor Azmi, beliau sendiri
mengakui demostrasi jalanan adalah cara terbaik untuk mendapat kesan
optimum dari segi sokongan dan memenangi persepsi imej.
Namun, mengenai demontrasi untuk menggesa
Datuk Seri Najib undur, penganjur perlu berhati-hati bukan sahaja
terhadap perkara sensitif kerana penyokong Datuk Seri Najib pasti tidak
akan berdiam diri.
“Berbeza degan demonstrasi GST dan
seumpamanya, ia dianggap sehala kerana tiada tindakan balas seteru atau
penyokong individu itu. Kesan demonstrasi dalam hal ini bagi pendapat
saya, boleh memudaratkan keselamatan negara.”
Jelasnya, jika Perdana Menteri memberi penerangan sekalipun, pihak pembangkang pasti tidak akan terima penjelasan tersebut.
Maka langkah terbaik untuk meredakan
perkara ini adalah dengan menunggu hasil siasatan antara agensi yang
diangotai Pasukan Siasatan Khas terdiri daripada Peguam Negara, Gabenor
Bank Negara, Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah SPRM yang dilantik.
Bagi pensyarah Institut Kajian Etnik
(KITA) UKM, Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib @ Khalid berpendapat
sebaliknya, katanya menjadi amalan biasa kepada mana-mana pemimpin yang
disiasat oleh pihak berkuasa di negara lain, perlu direhatkan atau
bercuti untuk memastikan siasatan telus dan tiada gangguan arahan
eksekutif.
“(Ia) Amalan biasa, memang bagi saya
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya direhatkan atau
bercuti untuk memastikan siasatan telus dan tiada gangguan arahan
eksekutif. Pemulihan boleh berlaku selepas sisatan berlangsung.
“Buat masa ini cara yangg terbaik ialah
Najib perlu direhatkan dari jawatan Menteri Kewangan dan jawatan Perdana
Menteri kerana isu ini sungguh kontroversi diperingkat dunia,” katanya
kepada TheRakyatPost.
Jelas Dr Kartini, pembangkang sememangnya
dilihat mengambil peranan ‘menangguk di air keruh’ dan memburukkan
keadaan kerana menggunakan peluang ini dalam keadaan positif untuk
menggalakkan rakyat berfikir dan menggunakan undi mereka dalam pilihan
raya akan datang.
Terdahulu, aktivis sosial menggesa supaya
rakyat berhimpun dan mengepung kawasan Parlimen kerana ia dilihat sudah
tidak lagi bebas.
DAP tidak menolak bahawa bakal berlakunya
satu demonstrasi jalanan yang akan diadakan secara besar-besaran bagi
meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan
penjelasan mengenai tuduhan Wall Street Journal (WSJ).
Jumaat lalu, WSJ menyiarkan laporan yang
mendakwa sejumlah hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana milik 1MDB
disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Pada hari yang sama, Pejabat Perdana
Menteri menafikan laporan WSJ itu dan menyifatkan ia sebagai sabotaj
politik untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara
demokratik.
1 ulasan:
Halo, nama saya Nofia, pagi korban penipuan dari tangan kreditur penipuan, saya menghabiskan lebih dari 56 juta di tangan pemberi pinjaman palsu, karena saya butuh modal besar dari 350 juta, saya hampir mati, tidak ada tempat untuk pergi, saya bisnis hancur dalam proses saya kehilangan anak saya. . Aku tidak tahan lagi .. semua ini terjadi November 2014 untuk Juni 2015, tidak semua sampai saya bertemu dengan seorang teman yang memperkenalkan saya ke ibu yang baik Nyonya Diana yang akhirnya membantu saya mengamankan pinjaman di perusahaannya, ibu yang baik, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Tuhan terus memberkati Anda, saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk memberitahu Anda, bahwa mereka banyak scammers luar sana, jika Anda membutuhkan pinjaman dan pinjaman yang dijamin cepat mendaftar hanya melalui ibu Diana, melalui email. dianarobertloanfirm@accountant.com dan dianarobertloanfirm@gmail.com, Anda dapat menghubungi saya melalui email ini; nofiayani@gmail.com com untuk mendapatkan informasi tahu. silahkan dia satu-satunya tempat yang handal dan terpercaya. Tidak ada pajak. untuk membayar .. Terima kasih
Catat Ulasan