PETALING JAYA: Bekas Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Lamin Mohd Yunos meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 pagi, Khamis.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam.
Allahyarham dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan yang kedua
bermula 25 September 1994 sehingga 12 Mac 2001 selepas berkhidmat dengan
kerajaan lebih kurang 45 tahun.
Beliau yang berasal dari Batu Kikir, Negeri Sembilan memperoleh ijazah
kepujian dalam bidang undang-undang di Universiti Singapura pada 1962.
Setelah menyandang pelbagai jawatan dalam badan kehakiman, pada 9
Januari 1988, Lamin dilantik sebagai hakim Mahkamah Tinggi dan kemudian
menjadi hakim Mahkamah Persekutuan 1 Julai 1994 sebelum menjadi Presiden
Mahkamah Rayuan.
Lamin mempunyai dua anak, seorang lelaki dan seorang perempuan daripada perkahwinan dengan Puan Sri Noriah Abdul Kadir.
Anak lelakinya ialah seorang peguam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan