Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak didakwa menghina parlimen kerana membuat pengumuman berhubung kedudukan perkembangan ekonomi semasa di Putrajaya hari ini.
Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, walaupun beliau bertanggungjawab terhadap parlimen, pengumuman itu sebaliknya dibuat di Putrajaya di hadapan tetamu undangan, termasuk diplomat, pemimpin perniagaan, NGO dan anggota parlimen BN.
“Ini membiarkan anggota parlimen (Pakatan) sama sekali tidak berpeluang membahas dan memutuskan terhadap perubahan Belanjawan yang diluluskan di parlimen sebelum ini.
“Ia juga membuktikan bahawa kerajaan benar-benar menghina dan memandang hina institusi parlimen yang satu-satunya peranan bagi mereka sebagai pak turut untuk eksekutif diktator,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan