MALAYSIAKINI
Seorang MP PKR, Zuraida Kamaruddin mencadangkan agar kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dipisahkan mengikut jantina.
MP Ampang itu member alasan, ia bagi mengelakkan pergaulan bebas di
antara pelatih lelaki dan perempuan serta mengelakkan kes jenayah rogol
dan pencabulan.
Cadangan itu diajukannya kepada Kementerian Pertahanan sewaktu giliran
beliau membahaskan Belanjawan 2015 di Dewan Rakyat petang semalam.
"Saya cadangkan agar ada pemisahan antara latihan peserta wanita dengan peserta lelaki.
"Kita ada banyak kem. Kenapa tidak dua atau tiga daripadanya disediakan khas untuk pelatih wanita.
"Ia agar tidak ada campur gaul yang sangat tidak terkawal dan
(mengelakkan) kes rogol and kes cabul yang telah berlaku," kata ketua
wanita PKR itu.
Beliau juga menyatakan kesediaan untuk menyokong agar program PLKN
disemak semula untuk menjadikannya lebih khusus pada usaha membina jati
diri dan patriotisme.
Bagaimanapun, beliau menolak sebarang usaha untuk menyertakan program indoktrinasi Biro Tata Negara dalam PLKN.
"Yang BTN sugguh nak masuk dalam PLKN ini, tak payah nak masuklah. Biar kita fokus," katanya lagi.
Program BTN sering menjadi sasaran kritikan pemimpin Pakatan Rakyat yang
menganggapnya sebagai satu bentuk propaganda untuk mengekalkan status
quo politik dalam negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan