Selasa, 28 Oktober 2014

Tarikh pelaksanaan GST ditakuti...




Oleh SELENA TAY 


BARU-BARU ini mewawancara lima warga gelandangan yang tinggal di kawasan persekitaran Pasar Seni di KL.

Mereka terdiri daripada seorang Melayu, seorang Cina, seorang India, seorang dari Sabah dan seorang lagi dari Sarawak – warga Malaysia yang telah tercicir daripada diberkati di tanah air yang melimpah-ruah dengan sumber asli dan pembangunan ekonomi pesat.

Kesemua mereka gagal mendapat kerja kerana berpendidikan rendah dan apa yang dibimbangi oleh mereka sekarang ialah apabila GST (Goods & Services Tax/Cukai Barangan Dan Perkhidmatan) dilaksanakan, majikan akan menjadi lebih kedekut dan maka itu akan hilanglah harapan untuk mendapat kerja.

Kelima-lima warga gelandangan ini apabila diminta mengulas mengenai harapan mereka untuk tahun depan telah sama-sama bersetuju bahawa tarikh perlaksanaan GST iaitu 1 April 2015 ialah tarikh yang amat ditakuti oleh mereka.

Mereka berpendapat bahawa ramai peniaga dan penjual terutamanya dalam sektor barang makanan akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang makanan.

Justeru, ini akan menyebabkan kehidupan golongan warga gelandangan semakin terhimpit.

“Sekarang pun kami di sini semua makan roti kosong dan minum air sahaja. Tak tahulah macam mana masa depan kami nanti,” kata mereka dengan nada suara yang penat dan sedih.

Tiada ulasan: