Flat Taman Seri Pinang, Permatang Pauh di mana kejadian didakwa berlaku.
PERMATANG PAUH - "Apa dosa anak saya sampai diikat kaki dan tangan?,"
tanya ibu Muhammad Nor Nalis Esma Abdullah, kanak-kanak berusia empat
tahun yang dipercayai jadi mangsa dera pengasuhnya.
Nalita Ahmad, 38, berkata, mana-mana ibu pun tidak akan menyangka anak sekecil itu sanggup diperlakukan sedemikian oleh orang dewasa walau atas apa jua sebab.
"Saya pun tidak tahu apa salah saya atau anak saya. Nak dikata tak bayar upah, setiap bulan saya bayar RM300. Ada jiran yang kata bayaran itu agak tinggi berbanding dengan upah pengasuh lain di kawasan ini tapi saya tak kisah, saya bayar sebab percayakan dia (pengasuh)," katanya.
Namun kata Nalita, dia sama sekali tidak menyangka kepercayaan yang begitu tinggi diberikan dibalas sedemikian rupa, apa lagi anaknya yang jadi mangsa.
Nalita dari Taman Seri Pinang di sini mengakui, Muhammad Nor mungkin agak aktif berbanding kanak-kanak sebayanya yang lain.
"Tapi itu bukan alasan sampai anak saya perlu diikat. Kalau tak sanggup jaga, kenapa tidak beritahu secara elok, boleh saya cari pengasuh lain," katanya.
Nalita mengakui naluri keibuannya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena pada anaknya sebelum itu.
“Pulang dari jagaan pengasuh, anak saya selalu mengadu lapar menyebabkan saya ambil keputusan untuk melihat sendiri keadaan anak saya di rumah pengasuhnya itu.
“Hati ibu mana yang tidak sedih tatkala melihat anak diikat kaki dan tangan. Sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan. Anak orang lain pun kita pasti akan rasa sedih, apa lagi anak sendiri,” katanya.
Mengulas lanjut, Nalita berkata, dalam soal hukuman terpulang pada mahkamah untuk mengadilinya namun sebagai insan dan juga ibu, dia mengharapkan hukuman yang setimpal dikenakan sebagai pengajaran.
“Bagi saya apa yang dilakukannya sememangnya tidak dapat diterima akal manusia yang normal namun saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai hal ini, biarlah dia
diadili dengan sewajarnya di mahkamah kelak," katanya.
Menurut Nalita, apa yang berlaku menyebabkan dia serik untuk anaknya dijaga oleh orang lain.
“Terjadinya perkara seperti ini menyebabkan saya sukar untuk percaya kepada sesiapapun untuk jaga anak. Peristiwa ini jadi igauan ngeri pada saya yang takkan saya lupakan sampai bila bila,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, suspek mungkin akan dihadapkan ke mahkamah hari ini.
“Kertas siasatan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut. Tempoh reman tamat hari ini dan suspek akan didakwa di mahkamah.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan