Wan Solihi (empat, kanan) bersama ahli Kuantan FA membuat laporan polis di IPD Kuantan di sini, kelmarin.
KUANTAN - Kesal dengan tindakan biadab sebuah halaman di laman sosial
yang menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, serta rakyat Pahang,
Persatuan Bola Sepak Daerah Kuantan (Kuantan FA) membuat laporan di Ibu
Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di sini, kelmarin.
Laporan yang dibuat bersama 20 ahli persatuan itu kira-kira jam 9.30 malam turut dihadiri Naib Presiden 1 Persatuan, Datuk Wan Solihi Wan Hassan.
Sebelum itu di laman sosial Facebook menggunakan nama sebuah persatuan memaparkan status yang biadab terhadap Sultan Pahang.
Selain itu, halaman itu juga memuatnaik status berbaur hasutan dan boleh mencetuskan huru-hara terutamanya melibatkan pertemuan Pahang dan Johor Darul Ta’zim pada final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Bagi Wan Solihi, beliau kesal dengan tindakan biadab halaman itu yang menghina baginda yang dianggap baginya tidak wajar dengan sambutan ulang tahun keputeraan Sultan Pahang ke-84, baru-baru ini.
Menurutnya, ia tidak wajar dilakukan yang dilihat untuk memecahbelahkan rakyat di negara ini selain menghasut serta menggalakkan keganasan.
“Kami menyedari status ini sejak semalam (kelmarin) dan status yang dimuatnaik sangat melampau dan tidak wajar dilakukan.
Malah saya gusar kerana ia boleh menimbulkan risiko keselamatan dalam aksi final di Bukit Jalil nanti.
“Kita berharap tindakan tegas diambil dan meminta pihak polis supaya segera menyiasat tujuan halaman itu supaya ia tidak berulang,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan