MALAYSIAKINI
Exco Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata lelaki Islam yang
berakal baligh yang dikesan meninggal solat Jumaat sebanyak tiga kali
berturut-turut di negeri itu boleh dihukum penjara sehingga setahun.
Katanya, mereka yang tiada alasan munasabah meninggal solat itu boleh
didakwa mengikut Seksyen 104 Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat
Istiadat Melayu Kelantan 1994 yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000
atau penjara sehingga setahun, lapor Berita Harian hari ini.
"Hari Jumaat adalah hari yang mulia, tiada sebab golongan lelaki meninggalkan solat Jumaat yang hanya diadakan sekali seminggu.
"Setakat ini hanya seorang lelaki didakwa berhubung kesalahan itu," kata
exco pembangunan Islam, dakwah dan hubungan seranta Kelantan itu
seperti dilapor akhbar tersebut.
Beliau menjawab soalan Wan Ubaidah Omar (PAS-Kijang) dalam sidang DUN
Kelantan berhubung tindakan kerajaan negeri terhadap remaja yang lalai
menunaikan solat fardu dan Jumaat.
Dalam laporan itu juga menyebut, Nassuruddin berkata sesiapa sahaja
termasuk imam dan ahli jawatankuasa masjid boleh membuat aduan terhadap
individu yang gagal menunaikan solat itu dengan mengisi borang sebelum
diserahkan kepada pihak berkuasa.
Menurutnya lagi, bahagian penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Kelantan JAHAEIK akan menyiasat dan berbincang dengan imam supaya
mengarahkan individu itu menunaikan solat di masjid itu dan diberikan
sebuah buku kecatatan kehadiran.
"Imam yang dipertanggungjawabkan akan mencatatkan kehadiran individu
itu. sekiranya mereka gagal hadir dalam tempoh berkenaan, tindakan
(pendakwaan) akan diambil," katanya dipetik.
Laporan itu juga menyebut, Nassuruddin yang ditemui kemudiannya berkata
dua faktor yang menyebabkan seorang individu yang didakwa di negeri itu
iaitu semua lelaki menunai solat Jumaat atau tiada aduan dibuat.
ADUN Meranti itu juga sedia menimbang cadangan Wwan Ubaidah berhubung
jawatankuasa pemantau wanita bagi memantau lelaki yang tidak menunaian
solat Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan