MALAYSIAKINI
Dunia sedang menunggu untuk menyaksikan sama ada mahkamah tertinggi
Malaysia akan mengekalkan standard antarabangsa bagi perbicaraan yang
adil apabila rayuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
berkaitan tuduhan liwat terhadapnya, bermula esok.
Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia (FIDH) dan organisasi anggotanya Suaram berkata, mahkamah tertinggi itu "mesti
mengenepikan politik dari dewan mahkamah dan menamatkan lebih 15 tahun
penganiayaan kehakiman" terhadap Anwar.
Menurut mereka, penghakiman Mahkamah Persekutuan merupakan satu ujian muktamad terhadap badan kehakiman Malaysia.
Oleh itu, politik mesti diketepikan dari dewan mahkamah jika Malaysia
mahu membantu memulihkan reputasi sistem keadilannya, kata Presiden
FIDH, Karim Lahidji dalam satu kenyataan bersama dengan Pengarah
Eksekutif Suaram Yap Swee Seng hari ini.
"Adalah penting bahawa Malaysia menghormati standard antarabangsa bagi
perbicaraan yang adil, termasuk hak untuk didengar oleh sebuah tribunal
yang kompeten, bebas dan tidak berat sebelah."
Mereka menyenaraikan beberapa isu yang serius sepanjang pendengaran kes
Liwat II terhadap Anwar di mana beliau telah dibebaskan setahun sebelum
pilihan raya umum ke-13 pada Mei 2013, tetapi didapati bersalah setahun
kemudian ekoran rayuan yang dibuat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan