MALAYSIAKINI
Hujah digunakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertahankan gesaan
membakar Bible berbahasa Melayu oleh Datuk Ibrahim Ali tidak sah, kata
timbalan ketua Umno Sabah.
Datuk Seri Salleh Said Keruak menolak hujah Mahathir semalam yang
menyamakan dengan tindakan orang Islam membakar al-Quran lama yang tidak
boleh digunakan, kerana ia tidak boleh dibuang.
Ini kerana, kata Salleh, membakar untuk memprotes tidak sama seperti membakar kerana menghormati.
“Dalam hal ini, ini bercakap tentang orang Islam membakar Bible untuk
memprotes orang Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible.
“Ini bukan bermaksud tanda hormat, seperti orang Islam membakar al-Quran buruk dan lusuh,” katanya.
Mahathir semalam mempertahankan
kenyataan kontroversi Ibrahim dan berkata ia selari dengan amalan orang
Islam membakar al-Quran lama sebagai penyelesaian terbaik melupuskan
kitab suci.
Ibrahim pada 13 Oktober lalu berkata beliau hanya menasihatkan ibu bapa
Islam mengambil tindakan itu jika anak mereka menerima naskhah Bible
berbahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah sahaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan