Selasa, 28 Oktober 2014

Berita ular telan budak palsu


Penyebaran berita palsu di media sosial mengenai kanak-kanak perempuan 11 tahun yang ditelan ular sawa di Perak. Penyebaran berita palsu di media sosial mengenai kanak-kanak perempuan 11 tahun yang ditelan ular sawa di Perak.
 
 
IPOH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak menafikan penyebaran berita di media sosial mengenai kejadian kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa ditelan ular sawa di Perak.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Perak, Mohd Fadli Nik Abu berkata, berita tersebut palsu kerana pusat gerakan operasi JBPM Perak tidak mendapat sebarang panggilan berhubung kes tersebut.

Menurutnya, mengikut maklumat diterima daripada Pegawai Perhubungan Awam JBPM Sabah, kes tersebut berlaku di Tuaran namun cerita sebenarnya adalah berbeza.

“Tiada kes orang ditelan ular sawa berlaku di Perak. Bagaimanapun, di Tuaran, Sabah terdapat kes seorang lelaki yang mereka cerita palsu, dia hampir ditelan ular.

“Ketika anggota bomba tiba di tempat kejadian, tiada ular ditemui sebaliknya mereka hanya menemui lima ekor ikan patin yang dipercayai dicuri lelaki terbabit.

“Sebenarnya, lelaki terbabit dikejar orang kampung akibat perlakuannya dan dia bertindak memanjat pokok untuk mengelakkan dirinya ditangkap," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau berkata, lelaki terbabit cuba mengalihkan perhatian daripada kesalahan dilakukannya dengan menjerit meminta tolong di tepi jalan dan mengatakan dia hampir ditelan ular.

Tiada ulasan: