WacanaGST


SHAH ALAM – Pada pembentangan belanjawan 2014 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan akan melaksanakan kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) pada 1 April 2015.

Sebaik pengumuman dibuat, ramai pihak melahirkan kebimbangan, keliru, marah dan tidak kurang juga yang tahu apa maksud sebenar GST.

Oleh itu, bagi memahami isu sebenar mengenai GST tersebut, Sinar Harian media yang dekat di hati rakyat sekali lagi akan menjadi platform antara pemimpin dan rakyat berbincang mengenainya.

Wacana Sinar Harian siri  ke-28, membawakan kepada anda tajuk GST: Siapa untung, siapa rugi untuk sama-sama kita berbincang secara ilmiah, mencari satu titik pemahaman mengenai isu penting ini yang mungkin akan mengubah kehidupan sesetengah daripada kita selepas ini.

Wacana kali ini, kami tampilkan barisan panelis yang tidak asing lagi, iaitu Pengarah Strategis PKR Rafizi Ramli,Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Profesor Pengurusan Strategi dan Pemasaran,Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara,Profesor Dr Faridah Hassan dan Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Sha’ani Abdullah.

Sementara moderatornya, kali ini Sinar Harian membawakan kembali Profesor Madya Dr Shaharuddin Badaruddin.

Jadi jangan ketinggalan untuk bersama-sama memeriahkan wacana kali ini yang akan diadakan pada Rabu ini (21 Mei 2014), jam 2.45 petang di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, di sini. Masuk adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Laila (019-3310211), Fazli (019-2808492) dan Nurkhairini (019-3371066).