MALAYSIAKINI
Dianggarkan seramai 1,000 orang penumpang terkandas Terminal Tambang
Murah (LCCT), Sepang hari ini dalam suasana “kelam kabut” kerana hanya
beberapa kaunter imigresen dibuka.
Penumpang yang dihubungi Malaysiakini juga berkata, tiada anggota ditugaskan untuk mengawal barisan penumpang.
“Saya beratur selama 45 minit dan ada seribu orang di hadapan saya.
“Tiada penyaman udara dan ada yang pengsan,” katanya yang enggan dinamakan.
“Saya tidak tahu jika bantuan perubatan diberikan kerana saya tersepit di tengah-tengah orang ramai ini.”
Seorang lagi penumpang, yang juga enggan namanya disebut berkata beliau
terperangkap selama kira-kira sejam dan hanya melepasi kaunter imigresen
selepas lebih banyak kaunter dibuka.
“Hanya ada satu atau dua kaunter dibuka untuk warga Malaysia tetapi
lebih dari 1,000 orang sudah sampai. Tiada barisan atau polis bantuan
yang membantu.
“Seorang VIP dibenarkan untuk melepasi sekatan dengan keluarganya,
menyebabkan orang ramai berteriak. Mereka menjerit, 'Kami juga bayar
cukai'.
“Ini salah Malaysia Airports. Kami bayar cukai lapangan terbang supaya
mereka boleh sediakan perkhidmatan,” katanya ketika dihubungi.
Tambahnya, tiada papan tanda disediakan menyebabkan orang ramai menuju ke kaunter yang salah selepas beratur panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan