MALAYSIAKINI
Pengundian awal PRK Bukit Gelugor bermula hari ini dan 148 anggota polis
dan tentera di Parlimen itu mula menunaikan tanggungjawab mereka.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata keadaan sekarang adalah aman dan sangat terkawal.
Katanya, setakat jam 10 pagi, 27 peratus sudah mengundi dan ia dijangka
akan meningkat menjelang tengah hari sebelum proses pengundian tamat
pada jam 2 petang ini.
Beliau berkata demikian selepas melawat Balai Polis Air Itam di Pulau Pinang pagi ini.
Proses pengundian awal bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor dijalankan di
empat lokasi iaitu Tabika Kemas Markas Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1
di Batu Uban, Balai Polis Air Itam, Balai Polis Bandar Baru Air Itam dan
Markas Tentera Laut Diraja Malaysia di Dewan KD Sri Pinang, Gelugor.
Pengundian penuh akan berlangsung 25 Mei depan dengan seramai 82,431
pengundi berdaftar layak membuang undi di 17 pusat pengundian dan 139
cabang.
Empat calon yang bertanding adalah calon DAP Ramkarpal Singh, naib
presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon bebas
iaitu peguam Abu Backer Sidek Mohamad Zan dan Mohamed Nabi Bux Abdul
Sathar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan