Isnin, 19 Mei 2014

Pemilihan PKR: Azmin terus mendahului tiga pencabarnya

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Minggu terakhir Pemilihan PKR menyaksikan Azmin Ali terus mendahului pencabarnya untuk kerusi timbalan presiden, apabila memperolehi 12,250 undi. 
 
Pencabar terdekatnya yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hanya mendapat 8,123 undi sementara seorang lagi pencabarnya, Datuk Saifuddin Nasution sekadar mengutip 6,997 sahaja.
 
Bagi jawatan naib presiden PKR pula Nurul Izzah Anwar (16,698 undi), Rafizi Ramli (12,690) dan Tian Chua (14,798) terus mengungguli undian meninggalkan lima pesaingnya yang lain.
 
Bagaimanapun, keputusan tidak merangkumi jumlah undian 27 Cabang yang dibatalkan sebelum ini atas pelbagai alasan termasuk kekecohan, pergaduhan, dakwaan sabotaj dan lain-lain.
 
Pemilihan PKR yang memasuki minggu terakhir ini dijangkakan menyaksikan lebih banyak kontroversi bakal berlaku.
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengakui kelemahan proses pemilihan PKR 2014 termasuk insiden kekerasan dan gangsterisme yang berlaku di beberapa cabang.
 
Mendakwa perbuatan itu juga dilakukan orang luar dan bukannya ahli parti, Anwar berjanji mendedahkan bukti dalam bentuk rakaman video kepada umum setelah selesai proses siasatan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Tiada ulasan: