Jumaat, 23 Mei 2014

Muhyiddin kini penaung samseng, kata Kit Siang

OLEH Anisah Shukry


Penasihat DAP, Lim Kit Siang dakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin penaung samseng. Gambar fail The Malaysian Insider.Penasihat DAP, Lim Kit Siang dakwa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin penaung samseng. Gambar fail The Malaysian Insider.Justifikasi Timbalan

























Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin susulan ancaman Pemuda Umno untuk membakar ibu pejabat DAP menunjukkan beliau adalah seorang penaung samseng, kata penasihat DAP Lim Kit Siang, hari ini.

"Adalah salah untuk ancam membakar mana-mana bangunan. Adakah Muhyiddin mengakui dia seorang penaung samseng? Jawapan beliau menunjukkan kita kehilangan seni bersetuju untuk tidak bersetuju," kata Lim pada sidang media di Teluk Intan, hari ini.

"Adakah  mengancam serangan sudah menjadi kebebasan untuk bersuara? Kebebasan seseorang untuk bersuara berakhir apabila anda mengancam keselamatan orang lain,” katanya.

Awal hari ini, Muhyiddin menyifatkan bantahan Pemuda Umno sebagai "tindak balas spontan" ekoran imej parti mereka dicemar.

"Ini hanya reaksi spontan, mereka berasa terpanggil untuk mempertahankan maruah parti apabila seseorang berkata parti mereka celaka," Muhyiddin dipetik sebagai berkata oleh portal berita Malaysiakini.

Timbalan presiden Umno itu enggan menjawab soalan pemberita apabila ditanya adakah tidak salah untuk Pemuda Umno mengugut untuk membakar bangunan.

Dengan membawa sepanduk, kira-kira 50 anggota Pemuda Umno Wilayah Persekutuan membuat bantahan di hadapan ibu pejabat DAP di Jalan Yew di Kuala Lumpur semalam sebelum menyerahkan memorandum kepada Ahli Parlimen Serdang yang juga strategis DAP, Dr Ong Kian Ming.

Mereka mengugut untuk membakar bangunan itu dan pemimpin DAP mendakwa perusuh itu memusnahkan papan tanda parti.

"Jika Muhyiddin kata mereka hanya mnmyampaikan perasaan mereka, adakah DAP juga boleh menyampaikan perasaan mereka dengan mengugut membakar bangunan Umno? Adakah beliau kata betul untuk DAP, PKR dan DAP pergi ke PWTC dan mengugut membakar bangunan Umno?" soal Lim.

Tetapi beliau menegaskan, DAP tidak akan berbuat demikian dan mengekalkan pendiriannya bahawa ugutan sebegitu tidak boleh diterima.

"Kami akan tunjukkan kami berbeza. Tujuan pilihan raya kecil ini adalah untuk membuktikan majoriti pengundi di sini menolak kelakuan sebegitu."

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalib Ibrahim yang turut menyertai sidang media itu meminta Muhyiddin agar mengajak kepada ketemadunan bukan berdiam diri dengan tindakan samseng.

"Untuk usaha profesional, anda sepatutnya mempromosi ketamadunan. Anda tidak sepatutnya bersama mereka menerima cara yang kreatif dalam menunjukkan pandangan itu," kata Khalid yang datang membantu kempen Dyna Sofya Mohd Daud.

Sementara itu, Lim juga mengecam calon BN Datuk Mah Siew Keong yang meminta pengundi tidak dipengaruhi anak mereka yang mungkin memberitahu mereka agar mengundi pembangkang.

"Ini adalah kali pertama calon mengajar perpecahan dalam keluarga. Saya fikir ini nasihat yang mengejutkan kerana ia boleh memecah-belahkan keluarga. Keharmonian keluarga adalah sebahagian nilai dan tradisi penduduk Asia.

"Ini satu lagi tanda yang menunjukkan BN sudah terlalu menggelabah," kata Lim.

Tiada ulasan: