MALAYSIAKINI
MCA menubuhkan jawatankuasa bertindak khas melibatkan 100 orang
peguamnya untuk menghalang enakmen hudud Kelantan diluluskan mengikut
saluran undang-undang.
Biro guaman MCA Tay Puah Chuan yang mengumumkan penubuhan jawatankuasa
bertindak itu berkata, mesyuarat pertamanya akan diadakan pada 17 Mei.
Para paguam itu akan membuat sumbang saran cadangan untuk menyekat usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan.
Buat masa ini, MCA berkata parti itu antara lainnya akan berusaha
menyekat Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen bagi tujuan
berkenaan.
"Untuk ini(menyekat proses Parlimen), peluangnya nampak tipis,” kata Tay dalam satu sidang media hari ini.
Usaha kedua adalah memfailkan saman untuk memastikan Kelantan tidak
boleh melaksana enakmen negeri itu, yang dianggap tidak mengikut
perlembagaan.
"Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang paling tinggi di negara
ini, apa-apa undang-undang baru dianggap undang-undang yang dianggap
tidak mengikut perlembagaan, dan akan menjadi tidak sah dan batal,”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan