Oleh: FARIK ZOLKEPLI
KUALA TERENGGANU:
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan dua Ahli
Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengikut jejak beliau mengumumkan
keluar dari Umno masih lagi sebagai ahli parti.
Menteri
Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, speaker
Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak menerima sebarang surat rasmi
berkenaan keputusan keluar Umno dari ketiga-tiga individu terbabit
sekali gus menyebabkan mereka masih lagi ahli Umno.
"Tiada yang tidak pasti mengenai sama ada mereka masih lagi ahli Umno atau tidak.
"Saya
menganggap tiada krisis dalam parti, ia hanya persepsi," katanya pada
sidang media pertama beliau sebagai Menteri Besar yang baharu pada Rabu.
Ditanya
mengenai gesaan PAS supaya DUN dibubarkan, Ahmad Razif berkata, ia
sentiasa menjadi sebahagian daripada strategi parti itu.
Ahmad
Razif turut menjelaskan bahawa beliau tidak akan membincangkan mengenai
pembubaran DUN dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang
dijangka akan ditemuinya dalam satu perjumpaan kemudian di Putrajaya
pada Rabu.
"Keadaan masih lagi stabil di Terengganu. Barisan Nasional akan meneruskan perjuangannya di negeri ini," katanya.
Pada
Isnin, Ahmad Said mengumumkan keluar dari Umno selepas beberapa jam
beliau digantikan dengan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan