Rabu, 21 Mei 2014

Dyana Sofya pemenang perang poster di Teluk Intan

OLEH EILEEN NG



Salah satu poster kempen Dyana Sofya, calon DAP bagi PRK Teluk Intan yang tersebar luas di laman sosial.Salah satu poster kempen Dyana Sofya, calon DAP bagi PRK Teluk Intan yang tersebar luas di laman sosial.





































Sekiranya kempen poster menjadi kayu pengukur populariti, calon DAP bagi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud sudah pasti menjadi pemenang dalam pilihan raya itu.

Poster “pop art" peguam berusia 27 tahun itu memenuhi laman sosial Facebook dan akaun Twitter.
Satu poster berwarna merah dengan hashtag #DyanaforTelukIntan memaparkan imejnya dengan petikan:"Saya mendokong amalan politik baru yang meruntuhkan benteng perkauman, menghargai persamaan dan meraikan perbezaan".

Poster kempen berwarna kuning pula tertera:“Dyana For Teluk Intan” memaparkan gambarnya berlatarbelakangkan harimau dengan tagline – "You Will Hear Me Roar!" – memetik lagu hit penyanyi Inggeris Katy Pery bertajuk ‘Roar’ sebagai kempennya.

Poster lain berwarna kelabu turut disebar luas oleh kakitangan parti di laman Facebook The Rocket.
Pembantu politik kepada veteran DAP, Lim Kit Siang itu sangat popular sehinggakan wujudnya laman Facebook Kelab Penyokong Dyana Sofya sejak minggu lalu yang sudah pun memperolehi kira-kira 5,500 ‘Like’.

Poster kempen DAP berwarna merah untuk Dyana Sofya Mohd Daud sempena PRK Teluk Intan.Poster kempen DAP berwarna merah untuk Dyana Sofya Mohd Daud sempena PRK Teluk Intan.Dyana Sofya bakal berdepan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dalam PRK pada 31 Mei ini, selepas penyandangnya, Seah Leong Peng daripada DAP meninggal dunia akibat kanser awal bulan lalu.

Mah, merupakan presiden Gerakan memenangi kerusi itu dua kali pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 dan 2004 namun tewas kepada M Manogaran dan Seah dari DAP pada PRU 2008 dan 2013 dengan masing-masing 1,470 dan 7,313 undi.

Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi, meliputi  59,927 pengundi biasa dan 410 pengundi awal.

Kawasan Parlimen itu mempunyai 23,301 pengundi Malayu (38.6 %), 25,310 pengundi Cina (41.9 %) dan 11,468 pengundi India (19%).
Undi awal bermula 27 Mei ini.

DAP memenangi kerusi itu yang dikenali sebagai Teluk Anson pada 1969 apabila Chan Fu King menewaskan Menteri Kesihatan MCA ketika itu Dr Ng Kam Poh.

Sejak persempadanan semula kerusi Parlimen pada 1974, 1984, dan 1993, kerusi ini dimenangi calon Gerakan bermula 1974 sehingga pilihan raya pada 1995.

Tiada ulasan: