Ternyata ia sesuatu yang jarang dilakukan apabila pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud dianggap detik bersejarah buat parti itu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tetap mempertahankan tindakan parti mempertaruhkan peguam muda itu sebagai wanita Melayu pertama calon bertanding Parlimen.
Dyana Sofya
Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun membidas kenyataan pihak tertentu yang mendakwa pencalonan Dyana hanya sekadar boneka.
"Beliau (Dyana) seorang peguam dan tak senang jadi boneka. Sebelum dinamakan sebagai calon pelbagai fitnah timbul termasuk penyebaran gambar palsu," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada jamuan makan malam wanita DAP di Dewan Han Chiang, Air Itam di sini, malam Sabtu.
Malahan, beliau juga mendakwa pihak lawan sengaja menyebarkan gambar Dyana berpakaian seksi untuk memburukkan peguam itu.
Calon DAP pada PRK Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh Deo juga mempertahankan parti itu yang dikatakan tidak mendiskriminasi golongan wanita.
Terdahulu, Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan pencalonan Dyana tidak lebih hanya sekadar sandiwara mereka untuk menafikan DAP sebagai sebuah parti cauvinis.
Malah Shahrizat berasa simpati terhadap Dyana kerana masih tidak sedar dirinya hanya dijadikan boneka dan telah diperalatkan oleh DAP dalam mencapai objektif parti itu untuk memiliki kuasa politik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan