“Kita berharap BN akan konsisten dan mengulangi pendirian mereka untuk tidak turut bertanding di Parlimen Teluk Intan dalam PRK yang akan diadakan hujung bulan ini,” kata Azmin selepas proses penamaan calon PRK Bukit Gelugor, hari ini.
BN berpura-pura menarik diri dari PRK Bukit Gelugor, sebaliknya meletakkan ‘proksi’ melalui Parti Cinta Malaysia (PCM) dalam persaingan empat penjuru tersebut.
“Jangan pandang enteng calon Bebas Bukit Gelugor kerana mereka sebahagian dari BN yang tidak berani turun padang dalam pertandingan kali ini.
“Walaupun kita menjangkakan PCM adalah sebahagian dari BN yang akan membela parti tersebut, kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRK kali ini merupakan mesej penolakan BN bukan sahaja di Bukit Gelugor, tetapi juga di Teluk Intan nanti,” katanya.
Azmin menyarungkan baju khas PRK Buit Gelugor kepada Ram Karpal
Beliau sebelum itu merasmikan Bilik Gerakan Utama KEADILAN PRK Bukit Gelugor hari ini.
Beliau turut mengambil kesempatan menyarungkan baju khas sempena PRK Bukit Gelugor kepada calon DAP, Ram Karpal.
Tambahnya lagi, calon DAP merupakan calon Pakatan Rakyat dan KEADILAN akan tetap turun padang dengan pelbagai jentera yang diatur khususnya di kawasan Gelugor yang mempunyai ramai pengundi Melayu bagi memastikan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan