Kurang 24 jam sebelum pengundian pagi esok,
calon bebas paling banyak gimik dalam pilihan raya kecil (PRK) Bukit
Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan hari ini mengisytiharkan telah
'menang'.
Beliau malah meninggalkan Bukit Gelugor malam ini bersama penyokong-penyokongnya untuk ke pusat peranginan Langkawi, Kedah.
Menurut beliau calon bebas telah menjadi mangsa kerana tiada harapan menewaskan DAP di tempat yang tidak ditandingi BN.
"Aku
tarik diri dan tidak bertanding kerana kecewa dengan sistem pilihan
raya negara ini," katanya di hadapan seorang lagi calon bebas Mohamed
Nabi Bux Mohd Abdul Sathar di padang kampung Melayu Air Itam sebentar
tadi.
Menurut Backer, sumber 'tertinggi' memberitahu beliau bahawa Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja memberi laluan mudah kepada DAP
bagi membalas jasa mereka yang memberi laluan kepadanya di Pekan pada
1976.
Beliau turut mempertikaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa
bertindak sambil lewa dan tidak membuka pejabat untuknya menghantar nama
ejen pengundian dan pengiraan hari ini.
"Masa Najib bertanding di Pekan selepas kematian bapanya, semua parti
bagi 'walkover' sekarang ini Najib nak balas jasa Karpal yang juga
pemimpin besar," kata beliau.
"Sebab BN tak bertanding mereka (SPR) tak peduli," kata beliau.
Bagaimanapun Backer tetap ceria dan membuat majlis makan malam dan solat maghrib untuk penyokong dan pengunjungnya.
"Saya tak ada esok. Semua penyokong saya akan ikut saya ke Langkawi," kata beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan