MALAYSIAKINI
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menarik balik surat
keluar Umno selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon
maaf kepadanya.
Malah Ahmad yang juga ADUN Kijal turut sama berbuat demikian kepada Najib.
"Beliau
minta maaf kepada saya atas salah faham itu dan saya minta maaf atas
kelakuan saya," katanya dalam sidang media di kediamannya di Kemaman
petang ini.
Secara khususnya, Ahmad berkata bahawa beliau memaafkan Najib ekoran
salah faham berkaitan dengan majlis perkahwinan anak perempuannya itu.
"Najib fikir perkahwinan itu berakhir pada 10 Mei, tetapi sebenarnya ada
satu lagi majlis pada 17 Mei dan satu lagi pada 31 Mei di Kuala
Lumpur," katanya.
Menurut Ahmad, perkahwinan anak perempuannya merupakan maruahnya dan
beliau meletak jawatan dari Umno kerana keengganan Najib menghormati
permintaannya.
"Kami saling minta maaf jadi saya pun buat keputusan tarik balik
peletakan jawatan sebagai ADUN Kijal Umno. Begitu juga Ghazali Taib.
"Jadi kes ini selesai dan kami juga kekal sebagai ADUN Umno, semuanya selesai. Ini sahaja," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan