MALAYSIAKINI
ADUN Batuk Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendakwa bekas
menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said "berbohong" berhubung
dakwaan pihaknya memujuk beliau menyertai parti Islam itu .
Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahmad itu, Dr Syed Azman sebaliknya
mendakwa "pihak Ahmad Said" yang menghubungi PAS untuk menyertai dan
menyokong parti itu.
“Ini (dakwaan Ahmad dipujuk sertai PAS) pembohongan semata-mata, PAS tidak pernah sekali-kali berbuat demikian.
"Di kalangan pemimpin PAS memang tiada (tidak pernah menghubungi atau bertemu Ahmad Said).
"Bahkan pimpinan tertinggi parti tidak akan terburu-buru mempelawa Ahmad Said menyertai PAS,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sebaliknya Dr Syed Azman berkata pihaknya yang menerima panggilan
daripada "pihak" Ahmad sejurus selepas beliau membuat keputusan keluar
Umno dan menjadi ADUN Bebas.
"Malah saya mengesahkan pihak Ahmad Said yang berkali-kali (menghubungi
pimpinan PAS Terengganu) 'mempelawa diri sendiri' menyertai dan
menyokong PAS untuk menjatuhkan kerajaan BN," kata Dr Syed Azman.
Bagaimanapun, beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat enggan
menyebut individu dan jawatan pihak yang menghubungi dan menerima
panggilan itu walaupun diminta untuk mededahkannya.
Sinar Harian hari ini melaporkan
Ahmad berkata beberapa anggota PAS berkali-kali memujuk beliau
menyertai parti itu bagaimanapun beliau menolak kerana amat menyayangi
Umno.
Malah, beliau menegaskan tak mahu bertemu mereka lagi dan mendakwa
berjaya menghalang lebih ramai wakil rakyat Umno keluar parti ketika
krisis politik memuncak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan