Sabtu, 10 Mei 2014

4 cadangan untuk Khairy Jamaluddin berkenaan isu air Selangor

Oleh: Yeo Bee Yi


Sangat menarik melihat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin begitu beriya-iya mendapatkan puji-pujian untuk Barisan Nasional berikutan krisis air di Selangor.

Ia terutamanya dengan memberi justifikasi kepada kenaikan melampau terhadap tariff air bagi syarikat konsesi swasta yang tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Selanjutnya, jika Khairy benar-benar ikhlas
airbaruPertamanya, untuk penggal ini, saya cadangkan beliau menggesa rakan sejawatnya di Kementerian Pertahanan untuk meluluskan permohonan kerajaan negeri untuk menggunakan Royal Rainmaker Technology dari Thailand.

Ia untuk menjalankan pembenihan awan di Selangor bagi bersedia untuk mendepani musim kemarau yang bakal menjelang.

Teknologi pembenihan awan ini menggunakan kaedah Ejectable Flare Rack, yang melibatkan keselamatan negara. Justeru kelulusan daripada Kementerian Pertahanan adalah diperlukan.
Kedua, supaya orang ramai dapat menilai isu air ini secara adil tanpa tafsiran berat sebelah ahli politik.

Saya cadangkan Khairy untuk menggesa supaya perjanjian konsesi air dinyah-klasifikasi, memandangkan semuanya masih dilindungi Akta Rahsia Rasmi.

Hanya dengan pendedahan penuh maklumat terbabit maka rakyat boleh menilai sendiri sama ada logik atau tidak untuk kerajaan negeri menghalang tarif air dinaikkan sehingga 37% pada 2009, 25% pada 2012 dan 14% pada 2015 memandangkan Syabas tidak mampu mengurangkan non-revenue water (NRW) mereka seperti yang dituntut oleh perjanjian.

Orang ramai juga akan dapat menilai sama ada tawaran pampasan kerajaan negeri kepada syarikat konsesi untuk pengambil-alihan adalah adil berdasarkan syarat-syarat yang dinyatakan dalam perjanjian.

Ketiga, saya cadangkan Khairy menggesa Kabinet untuk mendedahkan laporan audit mengenai Syabas supaya orang ramai boleh menilai sendiri sama ada dana yang disuntik oleh kerajaan persekutuan kepada Syabas atas nama mengurangkan NRW-nya benar-benar digunakan untuk tujuan itu, atau adakah ia digunakan untuk perbelanjaan yang tidak berkaitan dengan air; seperti kereta mewah, pejabat dan gaji yang sangat banyak untuk mereka yang tidak menunjukkan prestasi.

Cadangan kedua dan ketiga, sekiranya boleh dijalankan, akan menjimatkan masa berbahas memandangkan orang ramai akan mempunyai maklumat yang cukup untuk membuat penilaian sendiri.
Keempat, saya cadangkan Khairy mengambil pendirian yang tegas di dalam kabinet untuk memastikan bahawa kabinet tidak akan meluluskan sebarang bantuan kewangan kepada syarikat konsesi air, biarpun apa alasannya, sehingga perjanjian air dimeterai.

Satu-satunya cara untuk syarikat konsesi air menilai pilihan-pilihan yang ada secara realistik ialah dengan mendepani situasi kewangan mereka yang sebenar tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan persekutuan sepertimana selalu.

Kerajaan persekutuan juga harus boleh memilih untuk menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air. Jika kabinet mampu membuat pendirian ini, saya percaya kita boleh menyelesaikan pengambil-alihan dalam masa terdekat.

‘Gajah sama gajah bertempur, pelanduk mati di tengah-tengah’. Kita tidak lagi mampu untuk melengahkan penstrukturan semula air.

Syarikat konsesi air, kerajaan pusat dan negeri mesti mencapai kata putus secepat mungkin supaya penstrukturan semula air demi manfaat jangka panjang rakyat Selangor dapat dijalankan.

Dalam keadaan musim kemarau yang bakal menjelang, kerajaan negeri Selangor mesti mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan supaya kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk mendepani musim kering itu.

Mahu menyelesaikan masalah air di Selangor, daripada meneruskan perbahasan yang tidak berkesudahan untuk menyalahkan kerajaan negeri Selangor, saya ada empat cadangan untuknya sebagai anggota kabinet.

* Yeo Bee Yi adalah ADUN Damansara Utama

Tiada ulasan: