Aqilah Radzuankaidi
KUALA LUMPUR - Polis masih memburu teman wanita suspek utama
rompakan kedai emas di sebuah pusat beli-belah di Setapak, Khamis lalu.
Suspek Norina Lamudin, 27, warga Filipina yang menggunakan kad pengenalan palsu dengan nama Hasnah Hassan.
Polis percaya suspek masih berada di sekitar Lembah Klang dan tidak menolak turut menyimpan sebahagian besar hasil rompakan terbabit.
Sebelum ini, seorang pengawal keselamatan bertindak mengacukan senjata api ke arah pekerja premis berkenaan sebelum melarikan satu dulang berisi kira-kira 100 utas rantai leher.
Pada 3 Nov lalu, pengawal keselamatan yang disyaki menyamun kedai emas itu ditahan di Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT), Sepang.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan