Khamis, 28 November 2013

SPR nafi sempadan semula bagi pertahan kuasa Melayu

 

 

Proses persempadanan semula yang akan dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak lama lagi, tidak akan dilakukan dengan tujuan untuk mempertahankan kuasa politik Melayu, kata Pengerusi SPR, Abdul Aziz Abdul Yusuf.

Sebaliknya, kata beliau, proses itu akan mengikuti prinsip-prinsip yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"SPR tidak menjadikan mempertahankan kuasa Melayu sebagai prinsip untuk membuat proses persempadanan," katanya dalam mesej teks SMS kepada Malaysiakini.

NONEAbdul Aziz ( kanan) menegaskan  bahawa SPR dipandu mengikut
jadual 13 Perlembagaan Persekutuan - Perkara 113, fasal 2, 3, 3A, 6, 7, 8, 9 dan 10, serta Perkara 116 dan 117 serta Bahagian 1 dan 11 Jadual 13.

Bahagian-bahagian Perlembagaan Persekutuan itu antara lain menyatakan bahawa sempadan pilihan raya mesti mengambil kira persekitaran dan jumlah pengundi tempatan.

"SPR memberi pertimbangan tentang jumlah pengundi, keluasan, kemudahan pentadbiran daerah dan kerajaan tempatan, kemudahan perhubungan, kesenangan masyarakat sama ada bandar, separuh bandar atau luar bandar.

"Seberapa boleh menggambarkan komposisi penduduk Malaysia," katanya lagi.

Abdul Aziz  menyatakan demikian sebagai menjawab persoalan mengenai sama ada proses persempadan semula itu nanti, akan dilaksanakan berikut prinsip-prinsip seperti yang dilakukan sebelum ini.

Tiada ulasan: