MALAYSIA KINI
ADUN
Batu Caves Amiruddin Shari mempertahankan kenyataan Pengerusi Kelab
Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Azmin Ali berhubung isu kenaikan gaji
wakil rakyat di negeri itu sekaligus menempelak Exco Kerajaan Selangor
Datuk Teng Chang Kim yang mengkritiknya."Tidak ada amalan dalam negara-negara komanwel di mana Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) berperanan untuk membantah usul yang dibawakan oleh kerajaan.
"Saya tegaskan bahawa peranan BBC dalam Dewan Persidangan adalah untuk mendukung usul yang dibawakan oleh kerajaan," kata Amiruddin.
Amiruddin membidas kritikan Teng terhadap tindakan Azmin yang berdiam diri ketika perbahasan usul kenaikan gaji walaupun timbalan presiden PKR itu berada dalam sidang DUN sewaktu rang undang-undang itu dibentangkan.
Dalam kenyataan medianya, Amiruddin bagaimanapun berpendapat usul kenaikan gaji harus dibincang dan diperbahaskan dalam mesyuarat pra-majlis terlebih dahulu bagi mendapat persetujuan BBC seperti amalan negara komanwel.
"Pendirian kami, kita setuju dengan kenaikan gaji akan tetapi pada kadar yang munasabah dan mendahulukan usaha penambahbaikan kemudahan asas anggota dewan seperti kemudahan pejabat, pegawai penyelidik dan kemudahan perpustakaan dan sistem hansard secara online yang lebih baik," kata Amiruddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan