ASPAN ALIAS
Masalah yang di sebut di khalayak ramai sekarang ini lebih besar dari isu-isu yang rakyat perbahaskan sebelum pilihanraya yang lalu. Isu-isu bertambah besar dan berat kerana ia melibatkan janji-janji pihak yang memenangi pilihanraya itu. Tidak usah kita kritik pembangkang jika ada lagi janji-janji mereka tidak tertunai kerana mereka tidak dapat untuk menguasai kerajaan persekutuan.
Tetapi yang menjadi isu sekarang
ini ialah janji-janji BN khususnya Najib Razak, kerana janji-janji BN jika
benar dilaksanakan, masakan masalah dan persekitaran politik negara bertambah
meruncing.
Janji-jani Najib itu bukannya janji yang susah hendak dilaksanakan jika beliau dan kabinetnya menguruskan negara dengan baik. Rakyat telah memberi lagi peluang kepada BN dalam PRU yang lepas, tetapi kali ini juga keadaan bertambah teruk dan seolah-olah negara kita sudah tiada kerajaan lagi. Semuanya tidak terurus.
Janji-jani Najib itu bukannya janji yang susah hendak dilaksanakan jika beliau dan kabinetnya menguruskan negara dengan baik. Rakyat telah memberi lagi peluang kepada BN dalam PRU yang lepas, tetapi kali ini juga keadaan bertambah teruk dan seolah-olah negara kita sudah tiada kerajaan lagi. Semuanya tidak terurus.
Begitu cantik dan menarik segala
janji-janji BN Najib. Negara akan menjadi negara termaju dan terhebat jika BN
di berikan kuasa lagi. Maka rakyat tertipu lagi malahan apa yang berlaku lebih
buruk dari keadaan sebelum pilihanraya lalu. Pendeknya negara kita tidak
seperti negara yang mempunyai kerajaan dan pimpinan yang benar-benar bertanggungjawab
terhadap negara.
Setelah pilihanraya, isu peribadi
pimpinan dan juga ahli keluarga bertambah hebat dan menjadi buah mulut
perbualan diantara rakyat yang ramai. Kita tidak ada masa untuk menumpukan usaha
membina dan membimbing rakyat ramai tetapi segala tenaga tertumpu kepada
masalah pemimpin-pemimpin. Kita berhadapan dengan sikap dan masalah pemimpin
yang begitu besar dan entah bila akan dapat di selesaikan.
Sekarang kita berhadapan dengan
masalah pemimpin dan keluarganya yang tidak mempunyai ‘finesse’ yang sepatutnya
sebagai pemimpin dan ahli keluarga pemimpin besar. Mereka tidak malu-malu
berbelanja wang yang ditagih dari rakyat melalui pencukaian dan
berbangga-bangga dengan tindakan salah mereka itu.
Oleh kerana sudah menjadi ahli
keluarga pemimpin utama, bagi mereka, berbelanja besar menggunakan wang rakyat
itu merupakan ‘privilege’ dan tidak boleh di soal dan di tanya oleh empunya
wang itu, iaitu rakyat. Apabila terbang walaupun bukan atas urusan kerajaan,
mereka terbang dengan jet eksekutif dan di sokong pula oleh mereka yang mewakili
rakyat bersama dalam perjalanan itu.
Masalah kewangan negara juga
menjadi perhatian rakyat. Negara yang begitu kaya raya dengan pendapatan hasil
buminya habis begitu sahaja seolah-olah pemimpin kita tidak mempunyai
tanggungjawab moral dan agamanya. Tidak payah ditanya-tanya, kita tahu kantung
kerajaan sudah tiada isinya lagi. Kerana apa? Kerana pimpinan dan kerajaan
tidak membelanjakan wang secara ‘prudent’ kerana mereka tidak tahu bagaimana
susahnya rakyat bekerja membayar cukai kepada kantung kerajaan.
Apabila kantung kerajaan sudah
kosong kerana mereka berbelanja tanpa mempunyai ‘prudent’ itu, rakyat pula di
anggap sebagai penderhaka kepada negara jika cuba mengelak dari membayar cukai.
Pemimpin tidak juga bersalah, yang bersalah hanya rakyat sahaja.
Cara mereka berbelanja secara
korup itu tidak pula dianggap sebagai penderhaka, sedangkan itulah sebenarnya
penderhaka yang paling besar kepada negara. Jangan kita nafi-nafikan berbelanja
wang rakyat secara tidak berhemah itu adalah penderhakaan kepada negara.
Jangan pula cari pemimpin lembab
dan suntuk pemikiran untuk membela sebagaimana Shahidan Kassim, di gunakan oleh
kaki joli negara itu. Pimpinan mesti ingat tidak semua orang seperti Shahidan
Kassim, yang menganggap kerja salah pemimpin itu adalah halal dan mesti di
pertahankan.
Pendeknya yang paling menyedihkan
kita ialah sikap dan nilai pemimpin-pemimpin kita terlalu rendah sampai tidak
mengenali yang mana satu yang bernilai dan yang mana pula yang hina dan
mengaibkan. Sudah tidak tentu lagi mana yang betul dan mana yang salah. Betul
nampak salah, salah pula nampak betul.
Rendahnya nilai kemanusiaan dan
kepimpinan ini sebenarnya sudah bermula begitu lama dalam kerajaan dan parti
pemerintah negara ini, tetapi pimpinan utama tidak sedar atau tidak mahu
memperbetulkannya kerana mereka sendiri seronok dengan cara itu.
Jika mereka perbetulkan cara
berbelanja itu, misalnya, maka mereka sendiri tidak akan dapat menggunakan
kesempatan itu untuk berbelanja dan mendapatkan keuntungan besar dengan budaya
yang kotor itu. Akhirnya mereka tergulung diantara yang menutupi kerja jahat dan
tidak mengambil tindakan terhadap pesalah laku pimpinan yang ada di
sekelilingnya.
Sekarang segala kerja salah
mereka selama ini semakin hari semakan sukar untuk di tutupi dan dilindungi.
Ianya telah menghasilkan krisis kepimpinan negara. Apa sahaja yang dilakukan
oleh kerajaan walaupun kadangkalanya betul pun, sudah tidak diyakini oleh
rakyat. Pucuk pimpinan sudah tidak di hormati lagi. Setiap kata-katanya menjadi
bahan ejekan dan bahan lawak oleh rakyat. Sampai bila keadaan ini akan
berterusan? Sampai bila?
Apabila pucuk pimpinan sudah
menjadi bahan jenaka di kedai-kedai kopi dan warung, itu merupakan petanda
sahih yang pimpinan itu perlu dan wajar berundur kerana hasilnya nanti akan
membawa padah kepada rakyat dan negara. Slogan-slogan yang dicanang dan
dilaungkan tidak akan dapat memberikan apa-apa kepada kepimpinan negara. Pemimpin
yang terlalu banyak slogan itu adalah pemimpin yang paling lemah diantara kepemimpinan
yang lemah.
Penyelesaiannya amat mudah secara
relatifnya. Tetapi semudah mana pun ia memerlukan pengorbanan. Dalam isu ini
Najib perlu berhenti dan bersara agar negara boleh mencari pemimpin yang lebih
rasional dan mengembalikan nilai politik kita kepada nilai yang di hormati yang
pernah dialami rakyat sebelum pimpinan Dr Mahathir dahulu.
Tetapi jika Najib bersetuju untuk
berhenti semasa berunding, takut-takut pula apabila sampai kerumah, berbunyi
pula suara yang amat ditakutinya, berteriak dari dapur, “you can go if you wish
to,….I stay!!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan