Rabu, 6 November 2013

Caj Harga Astro Naik RM2 (Pakej Family) & Pakej Sukan (RM6) Bermula 24 November 2013!

   


astro naik


Jikalau sebelum ini, taikun gula Malaysia yang memegang konsesi gula di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary  telah pun berjaya mendapatkan pulangan di mana subsidi bagi harga gula telah pun dikurangkan sejumlah 34 sen yang mana selepas kadar keuntungan yang bakal diperolehi kelak mampu mengurangkan sedikit sebanyak kadar hutangnya yang dijamin kerajaan iaitu sejumlah RM35 bilion (KLIK SINI) .

Kali ini taikun Astro & Maxis ini mengorak langkahnya apabila mula mengorak langkah apabila harga Astro naik sekali lagi….

 

Bayaran Bulanan Bagi Harga Astro Naik Bermula 24 November 2013

  • Bayaran bulanan Harga Astro naik RM2 (bagi pakej keluarga)
  • Bayaran bulanan Harga Astro naik RM6 (bagi pakej sukan)
  • Caj Astro akan mula naik bermula 24 November 2013 ini.
astro naik harga

Masalah program berulang-ulang dan kadar siaran iklan yang semakin memenuhi ruang siaran di Astro adalah antara tindakan melampau pihak Astro ketika ini. Dan sehingga kini Astro masih belum berani “diusik” oleh sesiapa bagi memperbaiki perkhidmatan yang ditawarkan seleras dengan peningkatan kos langganan setiap bulan.

Masih kebal tanpa sebarang tindakan ketika ini…

Kenaikan Caj Astro

Nampaknya ramalam Berita Semasa terbukti benar merujuk kepada laporan berita (DI SINI) di mana kos pelaburan yang tinggi bagi mendapatkan hak ekslusif EPL kini bakal ditanggung oleh kalangan peminat bola yang melanggan pakej sukan.

Berita Semasa lebih syorkan UniFi berbanding Astro. Gambar lebih jelas tidak blur seperti ketika menonton Astro. Rancangan-rancangan yang ditawarkan jugak agak berkualiti ditambah menikmati kelajuan tinggi Internet & tontonan TV. Hampir semua siaran HD ditawarkan. Bagai kaki bola EPL pun turut ditawarkan. Malangnya….

Malangnya, coverage UniFi agak terhad ketika ini. Apa respon balas dengan berita kenaikan caj Astro kali ini?

P/S : Cadangan Berita Semasa, sepatutnya kerajaan letakkan paras had bagi nilai keuntungan Astro memandangkan mereka masih lagi memonopoli industri TV berbayar di Malaysia iatu sekitar RM1 bilion sahaja sehinggalah rival mereka seeprti Unifi dan ABN (SUMBER)  berjaya memecah saiz pasaran yang dipegang Astro ketika ini.

1 ulasan:

kamal berkata...

bagi pengguna skybox openbox dreambox.. jom layan very BEST CCCAM SERVER no srambler, no lag>>> money back guarantee.. hanya yang benar benar berminat sahaja.. pm atau ctt 010 9383940 kamal