Rabu, 6 November 2013

Pemandu Teksi Ditemui Mati

alt

 Aqilah Radzuankaidi


GUA MUSANG - Seorang pemandu teksi warga emas ditemui mati tempat duduk dalam keretanya yang enjin masih hidup dipercayai serangan jantung di Kilometer 46 Jalan Gua Musang - Lojing.

Azharudin Mohd Nor, 31 anak kepada arwah Mohd Nor Mat Ali, 70, berkata arwah sepatutnya pulang ke rumah semula selepas keluar untuk membeli makanan sarapan pagi kira-kira jam 9 pagi dengan memandu teksi secara seorang diri, tetapi didapati tidak pulang ke rumah sehingga waktu tengah hari.

“Kebiasaan ayah pulang semula ke rumah untuk bersarapan bersama ahli keluarga dan saya mengesyaki sesuatu kejadian berlaku kerana menyebabkan saya terus mencarinya sekitar bandar Gua Musang, namun gagal menemuinya.

“Secara kebetulan, saya menerima maklumat ada pengguna Jalan Gua Musang - Lojing menemui sebuah teksi yang enjin masih hidup tersadai di tepi jalan dekat Pos Blau,” katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan laporan penemuan mayat seorang pemandu teksi dalam keretanya di hantar ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk bedah siasat.

Menurut Saiful Bahri, hasil bedah siasat telah dijalankan dan mengesahkan yang Mohd Nor mati secara mengejut kerana serangan jantung.

Tiada ulasan: