Khamis, 3 Oktober 2013

Parking Kereta di KL. RM40 Sejam Bagi Kurangkan Kesesakan. Apa Kata Anda?

 

Car Parking KL


Caj parking kereta di KL : Malaysia? Cukup terkenal dengan perbandingan dengan negara lain apabila mahu melaksanakan sesuatu. Contohnya?

Tempat Letak Kereta di KL 

Harga Minyak di Malaysia masih paling murah berbanding harga minyak di negara jiran yang lain seperti ………Indonesia, Singapura Thailand, Filipina. Tetapi mana Brunei? Malaysia patut dibandingkan dengan Brunei sebagai kalangan pengeluar minyak.

Tetapi perbandingan yang menyeluruh tidak akan berlaau di Malaysia.

Adakah Ahmad Maslan masih merasakan minda rakyat Malaysia masih di era 80, dan 90 an yang boleh disuap-suapkan maklumat begitu sahaja?

Dan trend sekarang ini, atas nama penyelesaian mudah mahu mengurangkan kesesakan naikkan caj parking di KL semata?

Kuala Lumpur Makin Sesak, Caj Parking di KL Mesti Naik!

Harga meletakkan kereta bandaraya Kuala Lumpur patut dinaikkan sehingga RM40 sejam dengan tujuan mengurangkan kesesakan lalulintas di dalam bandar, demikian cadangan seorang Ahli Jawatankuasa Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Khairiah Mohd Talha.
Menurut laporan laman web btimes.com.my hari ini, beliau berkata harga parkir sepatutnya dinaikkan untuk menggalakkan orang ramai meninggalkan kenderaan mereka di rumah dan menggunakan sistem pengangkutan awam untuk pergi ke tempat kerja.
Sebentar, Berita Semasa ingin menyampuk. Kepada Khairiah Mohd Talha anda begitu asyik membuat perbandingan dengan negara-negara maju yang lain, bagaimana realiti perkhidmatan awam di Malaysia sekarang ini? Sangat baik? Baik? Serdahana? Menyedihkan? Sengsara?
Menurutnya, sistem itu terbukti berjaya di beberapa negara lain yang melaksanakannya.
Beliau mengambil contoh Australia dan Singapura yang mengenakan caj masing-masing RM120 DAN RM100 sejam dan Amerika Syarikat dengan caj RM130 sejam berjaya mengurangkan kesesakan trafik.
Ehem…..jikalau mahu menipu rakyat Malaysia berpadalah Khairiah Mohd Talha.
Menurut beliau kadar harga letak kereta yang tinggi juga akan mengurangkan kadar pengeluaran karbon di dalam bandar untuk mewujudkan suasana udara yang lebih bersih.
Laporan asal : BTimes
LRT di KL 

Kenapa tidak dilaksanakan perkhidmatan motor teksi sahaja buat sementara waktu ini seperti yang ada di Thailand ataupun Indonesia. Jikalau dilihat sukar mahu menaiktaraf kemudahan bas dan LRT, sekurang-kurangnya orang perseorangan mempunyai pilihan berbanding “disembelih” oleh kalangan pemilik teksi yang mengenakan harga sesuka hati.

Sepatutnya, LRT perlulah dinaiktaraf terlebih dahulu, cepatkan masa menunggu, jikalau efisen pasti lebih ramai yang akan beralih menggunakan perkhidmatan awam.

Jikalau jaringan sistem pengangkutan awam di malaysia seperti di Hamburg atau Swiss yang mampu menghubungkan hampir semua tempat, Berita Semasa setuju sahaja dinaikkan caj perking di KL contohnya. Turun satu stesen, jalan-jalan naik pula stesen satu lagi. keretapi & perkhidmatan bas setiap 3-5 minit. Sentiasa tepat pada masanya. Boleh?

Caj Parking di KL Naik VS Tahap perkhidmatan Awam di Malaysia?

Apa yang berlaku sekarang ini, selepas munculnya Rapid. Metro mula kurangkan perjalanan kerana pada ketika diperkenalkan tiket RM2 pergi dan balik, Metro tidak mampu untuk bersaing. Akhirnya, kurangnya pilihan kepada pengguna. Teruk atau tidak, lama atau cepat pengguna tetap terpaksa terus menunggu kehadiran Rapid KL. Akhirnya jadual seharian kalangan pengguna setia perkhidmatan awam cukup terjejas. Sentias terkejar-kejar sepanjang masa. Menteri pernah merasakan kesusahan ini?

Hakikatnya, jaringan sistem perkhidmatan awam belum secanggih seperti yang ada di negara maju yang lain Singapura, Kota London, Amerika mahupun Australia. Tetapi beriya-iya mahu menaikkan caj parking di Kl sehingga RM40 sejam setanding dengan negara maju? Sepatutnya setiap 100 – 200 m mesti…mesti ada kemudahan seperti LRT contohnya.
  • Hari ini sistem LRT yang ada pun tidak disediakan secara menyeluruh di KL. Perlu diperbanyakkan lagi.
  • Feeder bus pula tidak efisien dan tidak menyeluruh
  • Kemudian perlu ditambah ruang parking di kawasan yang berdekatan dengan stesen LRT. Barulah kurangnya kenderaan yang masuk ke bandar
  • Laluan untuk pejalan kaki perlu dinaiktaraf. Tempat-tempat dan laluan berbumbung diperbanyakkan
  • Laluan untuk basikal dan motosikal disediakan dan diperbanyakkan…
Apa pendapat dan cadangan daripada anda pula?

Tiada ulasan: