Rabu, 7 Ogos 2013

Wan Ahmad kena RM5000

Oleh  

Wan_Ahmad_Memang_Tak_Dipercayai

Permohonan Datuk Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR untuk membatalkan pernyataan pembelaan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan SU Agung Pas, Datuk Mustafa Ali gagal.

Mahkamah telah menolak permohonan Wan Ahmad dengan kos RM5,000 dan menetapkan pengurusan kes itu pada 25 September depan dan perbicaraan didengar pada 21 dan 22 November depan.

Wan Ahmad telah memfailkan saman terhadap Mohamad Sabu; Mustafa Ali; pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran ENT Sdn. Bhd.; Ketua Pengarang, Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel, Aziz Muda masing-masing sebagai pihak defendan.

Artikel yang menyebabkan Wan Ahmad naik angin adalah Wan Ahmad tak boleh dipercayai [memang pon!!] dan Ragu peranan SPR – Wan Ahmad Omar mesti letak jawatan yang disiarkan dalam Harakah edisi 1 hingga 3 Februari 2013.

Tiada ulasan: