Jumaat, 16 Ogos 2013

‘Kepakaran’ dipertikai, anak Nazri Aziz terpalit kontroversi kes jenayah


nazri aziz i city

SHAH ALAM : Kewibawaan dan keupayaan Nedim Nazri yang dilantik sebagai pegawai khas di pejabat bapanya, dipertikai berikutan anak kepada Datuk Seri Nazri Aziz itu terpalit banyak kontroversi.

“Satu perkara pelik Nedim dilantik jawatan itu. Nazri perlu menjelaskan mengapa Nedim dilantik. Apakah keupayaan dan kepakaran yang dimiliki Nedim?” kata Tian Chua.

Bercakap kepada TV Selangor, Naib Presiden PKR itu, berkata Nedim memberi imej buruk kepada kementerian terbabit disebabkan banyak kontroversi yang dikaitkan dengannya.

Beliau berkata, pelantikan itu boleh dianggap tidak berasaskan kroni hanya jika Nedim memiliki kebolehan memegang jawatan itu tetapi ia tidak pernah dibuktikan.

“Saya bukan mahu kata bapa tidak boleh lantik anaknya sendiri untuk menjadi pegawai atau tidak tetapi kredibilitinya masih belum dibuktikan,” katanya.

Sebaliknya, Nedim pernah menjadi suspek kes bunuh beberapa tahun lalu manakala pengawal peribadinya didakwa terbabit dalam kejadian memukul pengawal keselamatan, kira-kira setahun lalu.

Tian Chua turut meragui niat sebenar perlantikan itu sedangkan Nedim sendiri dikatakan menguasai beberapa perniagaan yang memperoleh pendapatan jauh lebih baik.

Tiada ulasan: