Pasangan
kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa dengan pertuduhan
mempersendakan umat Islam dan Ramadan, memfailkan permohonan di
Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi
mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.Alvin atau nama
penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, memfailkan
permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu
lepas.
Dalam
permohonan itu, mereka memohon perintah deklarasi bahawa Seksyen 298A
Kanun Keseksaan adalah tidak konsisten dan bercanggah dengan
Perlembagaan Persekutuan serta tidak sah di sisi undang-undang.
Pasangan
itu juga memohon perintah deklarasi bahawa Seksyen 298A adalah tidak
terpakai dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka.
Mengikut
Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa memuat naik di
laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang bertajuk
“Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan
!!!)” yang mengandungi logo Halal, berkemungkinan menyebabkan perasaan
permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
Terdahulu,
ketika prosiding di Mahkamah Sesyen, peguam Chong Joo Tian, yang
mewakili Tan dan Lee memaklumkan bahawa anak guamnya telah memfailkan
permohonan itu ketika kes mereka disebut di hadapan Hakim Murtazadi
Amran. Murtazadi kemudian menetapkan 19 Sept ini untuk pengurusan kes.
Mengikut
pertuduhan, Alvin dan Vivian didakwa bersama-sama menerbitkan satu
penerbitan menghasut di laman Facebook ‘Alvin and Vivian – Alvivi’ di
pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar
dan komen yang sama, mengikut Akta Hasutan 1948.
Mereka
juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di
http://alviviswingers.tumblr.com/, antara 6 Julai dan 7 Julai lepas,
antara 9 malam dan 2 pagi, mengikut Akta Penapisan Filem 2002.
Sementara
itu, Chong ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata permohonan
itu difailkan atas alasan pertuduhan yang dihadapi anak guamnya
mengikut Seksyen 298A adalah bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan
Persekutuan.
“Mengikut perlembagaan, seksyen itu hanya terpakai bagi mereka yang beragama Islam dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap kedua-dua anak guamnya kerana mereka non-muslim,” katanya.
“Mengikut perlembagaan, seksyen itu hanya terpakai bagi mereka yang beragama Islam dan tidak boleh dikuatkuasakan terhadap kedua-dua anak guamnya kerana mereka non-muslim,” katanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haffiza Jemali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan