Editor buletin
Umno semakin menghampiri 'komunisme' dan semakin menutup ruang demokrasi kepada ahli-ahlinya apabila ramai pemimpin dan veteran Umno menyokong cadangan supaya jawatan presiden dan timbalan presiden Umno tidak dipertandingkan pada perhimpunan agung parti itu Oktober ini.Alasan yang mendakwa gandingan mantap Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah yang terbaik untuk menjayakan segala program transformasi parti, bukanlah satu sebab untuk menolak demokrasi dan pemilihan dalam Umno.
Kenyataan Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, kedua-dua pemimpin itu perlu dikekalkan kerana kepimpinan mereka masih diperlukan untuk memacu Umno dan memenuhi aspirasi BN sebenarnya amat berbahaya kepada Umno dan BN, dan demokrasi negara ini.
Samada Zahid selaku Naib Presiden sedar atau tidak, atau ada tujuan tertentu yang 'terselit' dicelah nafsunya, cadangan beliau akan menjadi ancaman kesinambungan kepimpinan Umno dan BN yang masih memegang tampuk pemerintahan negara ini.
Zahid sudah pun menunjukkan sikapnya, yang lebih otokratik, sebaik menjawat orang yang paling berkuasa dengan jawatan Menteri Dalam Negeri menutup ruang bersuara yang menjadi asas demokrasi, merampas akhbar parti-parti lawan Harakah dan Roket.
Zahid sudah menunjukkan belang menjadi Umno semakin hampir kepada 'komunis' apabila beliau menangkap dan menahan pemimpin termasuk pemimpin mahasiswa yang menggunakan ruang demokrasi untuk bersuara.
Dan apabila Zahid menyokong cadangan Umno Negeri Sembilan yang menyuarakan pendirian bahawa kedua-dua jawatan itu tidak perlu dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang, Zahid sedang menjalarkan, 'kuku besi'nya ke atas ahli-ahli Umno dari partinya sendiri.
Tindakan Zahid itu, hanya mengesahkan 'bebelan' si Tua Mahathir yang menyatakan orang-orang Melayu sudah merasa meluat dengan Umno dan mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.
Tiadanya pemilihan dalam Umno, walau pun pada jawatan yang tertinggi parti, mengiyakan tulisan Mahathir dalam blognya yang berkata, pemimpin Umno kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila.
“Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. Umno adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno,” selar Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan