Selasa, 11 Jun 2013

Pelantikan Saifuddin Nasution bukan isu


Oleh Subky Latif

SEPERTI pelantikan semula Tan Sri Khalid  Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor setelah kerajaan pimpinannya mendapat kejayaan besar dalam pilihanraya, bukan suatu isu besar, maka perlantikan  Saifuddin Nasution sebagai pegawai politik yang penting dalam kerajaan Selangor juga tidaklah satu isu besar yang luar biasa bagi sebuah kerajaan. 

 Apatah lagi kerajaan dn negeri Selangor adalah sebuah negeri dan kerajaan yang penting di Malaysia, yang terkedepan dalam banyak masalah dan kemajuan, maka terbuka baginya untuk  memanfaatkan  tenaga yang diperlukannya.

 Saifuddin adalah Setiausaha Agung PKR, pernah menjadi pegawai kepada  Datuk Najib semasa di Kementerian Pertahanan dan pembantu beberapa menteri semasa dalam UMNO,  malah pernah menjadi pegawai politik kerajaan PAS Kelantan sebelum Selangor jatuh ke tangan Pakatan. Jika dia ditawarkan satu jawatan politik dalam kerajaan Selangor, bukan dia seorang yang asing dengan tugas yang diberi kepadanya.

 Jika Kelantan yang dikuasai PAS sepenuhnya pernah memanfaatkan tenaga sedang dia bukan seorang  ahli PAS, tidaklah pelik sebagai seorng pemimpin tertinggi PKR menjadi pembantu kepada kerajaan Pakatan yang dipimpin oleh seorang Menteri Besar PKR.

 Sebuah kerajaan politik wajar dibantu oleh pembantu dan penasihat politik. Selangor  sejak ditadbir  Pakatan tidak punya banyak pembantu politik selain Datuk Seri Anwar  Ibrahim sebagai penasihat ekonomi yang tidak bergaji dan Setiausaha Politik  Menteri Besar sendiri. Tidak menakjubkan jika Menteri Besar dan Ketua Menteri BN mempunyai pegawai politik yang lebih  ramai.

 Khalid sebagai pentadbir profesional dikenali sebagai seorang pegawai eksikutif yang tidak memberi  gaji buta kepada orang-orang di bawahnya. Dia beri gaji RM5 ribu kepada seseorang, orang itu mesti bawa pulangan lebih banyak dari gajinya.

 Jika Perdana Menteri Najib mempunyai penasihat zionis Apco dan berpuluh pembantu politik untuk membantunya, ssesui dengan  Negeri Selangor yang tidak sepenting Malaysia, punya tidak sampai lima orang pembantu dan penasihat politik.

 Sesuai dengan kemenangan semula Pakatan Selangor dengan lebih cemerlang, maka tentulah beban dan tanggungjawabnya bertambah bagi menghadapi cabaran politik luar yang begitu besar. Sepanjang lima tahun kerajaan Khalid, tidak putus dengan tunjuk perasaan dan kritik, kerajaannya diancam oleh Perdana Menteri sendiri yang menjadi ketua untuk menjatuhkan Khalid  dan Pakatan.

 Maka jangan fikir Najib akan berdiam diri setelah kegagalannya untuk merampas Selangor. Dia akan menggandakan serangannya dengan taktik baru. Maka cabaraan Selangor lima tahun  akan datang adalah lebih besar dari lima tahun yang lalu. Kebetulan Saifuddin pula tiada jawatan lain selain dari Setiausaha Agung PKR setelah dia  tidak jadi anggota Parlimen lagi, maka dia tentu ada masa bagi membantu Menteri Besar menangani pentadbiran negeri yang termaju itu.

 Ada  dua tohmah yang pengkritik dalaman dihadapkan kepadanya. Pertama dia kedekut untuk membelanja kekayaan kerajaan dan kedua dengan melantik Saifuddin menjadi pembantu politik, akan membazirkan duit kerajaan.

 Pada Khalid, kedekutnya adalah terhadap kekayaan kerajaan. Duit kerajaan diguna pada tempat yang betul. Kerana kedekutnya, kerajaannya dipuji oleh Ketua Audit Negara. Tetapi dia tidak kedekut  memberi berlori lembu korban untuk kawasan pilhanraya Parlimennya di Bandar Tun Razak.

 Dan jika elaun untuk Saifuddin yang ditohmah membazir, tentulah tidak sampai RM400 ribu sebulan seperti yang dinikmati oleh CEO sebuah agensi di Selangor yang dekat dengan kerajaan pusat.

 Adalalh benar Saifuddin bukan anak jati Selangor, tetapi Khalid tidak mengambil penasihat  Yahudi. Cuba tanya Dr. Mahathir dan Najib, adakah mereka tidak pernah menggunakan penasibat Yahudi. Khalid mengambil penasihat dari PKR sendiri dan dia belum mengisi penuh apa yang diperlukan oleh kerajaan Selangor dan Jabatan Menteri Besar.

Tiada ulasan: