Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukur Idrus berkata, langkah itu dilihat perlu untuk mengembalikan sokongan kaum Cina kepada MCA selepas pimpinan sedia ada gagal memikat hati pengundi.
Menurutnya, pembaharuan dan langkah drastik perlu dilakukan untuk mengelakkan MCA hanya tinggal ‘barangan sejarah’ pada masa hadapan.
“Menjelang hari pemilihan pemimpin MCA yang tidak membawa kekuatan dan kurang sokongan harus berundur untuk beri peluang kepada generasi muda.
“Jika masih ditakuk lama, prestasi MCA akan terus merudum dan akan menjadikan parti tersebut hanya sebagai tinggalan sejarah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya, masalah dalaman MCA juga perlu diselesaikan segera sebelum mengatur strategi baru untuk PRU14.
“Kita menghormati keputusan MCA menolak sebarang jawatan dalam Kabinet seiring janji dibuat sebelum PRU13 lalu iaitu tidak menuntut sebarang kerusi sekiranya gagal dalam berkenaan,” katanya.
Ditanya hala tuju BN di Selangor katanya, struktur pimpinan masih dalam proses perbincangan dan perlu persediaan sekiranya Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Najib Razak melepaskan jawatan berkenaan.
Menurutnya, perdana menteri secara tidak langsung pernah meluahkan hasratnya untuk tidak terus menyandang jawatan berkenaan disebabkan bebanan kerja dan sekiranya ia berlaku pimpinan BN di Selangor perlu bersedia.
“Strategi masih diatur dan kita akan pastikan pimpinan yang dipilih mempunyai ciri-ciri pembelaan kepada rakyat sebagai mengembalikan perjuangan asal Umno iaitu membela nasib Melayu dan menegakkan Islam,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan