ASPAN ALIAS
Dalam keadaan kedua-dua pihak pembangkang dan parti kerajaan sedang berperang mulut berhubung dengan banyak isu, keluar pula kenyataan yang sangat mengelirukan dari Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Alias Ahmad. Mengapa dan kenapa kenyataan yang sangat mengelirukan ini dikeluarkan, hanya beliau sahajalah yang tahu.
Dalam keadaan kedua-dua pihak pembangkang dan parti kerajaan sedang berperang mulut berhubung dengan banyak isu, keluar pula kenyataan yang sangat mengelirukan dari Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Alias Ahmad. Mengapa dan kenapa kenyataan yang sangat mengelirukan ini dikeluarkan, hanya beliau sahajalah yang tahu.
Dato' Alias telah mengeluarkan
kenyataan bahawa Jabatan Imigresen mempunyai hak untuk membatalkan pasport
rakyat Malaysia
yang mengkritik kerajaan di luar negara dan ini tidak dapat diterima.
Mengkritik kerajaan yang memerintah adalah hak rakyat negara ini dan ia boleh
dilakukan di mana-mana, samada di dalam atau dari luar negara.
Kita bersetuju rakyat yang
mengkritik dan memburukkan negara itu wajar diambil tindakan seperti
itu,
tetapi setakat mengkritik kerajaan yang mereka anggap rasuah dan
menyalahgunakan kuasa itu bukannya mengkritik negara. Jika seorang
rakyat mengkritik
kehadiran sistem negara seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan apa yang
berkaitan
dengannya adalah salah bagi negara ini dan wajar pasport mereka
dibatalkan.
Tetapi jika seseorang mengkritik
kerajaan yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa dan membantutkan usaha
memperkayakan perpaduan kaum itu tidak salah dan adalah ‘ultra-vires’ jika
tindakan diambil terhadap rakyat itu. Jika semua kritikan terhadap kerajaan itu
membolehkan pasport mereka terbatal maka negara kita seolah-olah sebuah negara
yang zalim dan tidak bertamadun.
Rakyat dan pemimpin yang meminta
pertolongan kuasa asing, misalnya CIA, untuk menumbangkan kerajaan, itu
adalah
tindakan yang jahat dan perlu pasport mereka itu ditarik balik atau
dibatalkan terus. Tindakan ini adalah tindakan memusuhi negara dan Yang
Di
Pertuan Agong, maka mereka wajar dibatalkan pasport mereka.
Tetapi jika setakat mengatakan
Najib atau Muhyiddin sebagai pemimpin yang tidak sesuai dengan negara, itu
adalah isu politik dalaman dan tidak sepatutnya pihak imigresen membatalkan
pasport mereka. Tuduhan seperti itu pun sememangnya ada kebenarannya.
Apabila kita mendengar kenyataan-kenyataan
seperti ini dikeluarkan oleh mereka yang memegang amanah untuk mentadbir
jabatan dan negaranya, kita amat khuatir dengan jenis apa negara kita akan
berada pada masa-masa yang akan datang.
Saya secara peribadi berharap
Ketua Pengarah Imigresen itu akan membuatkan pencerahan yang betul kerana
ramai rakyat yang sedang tertanya-tanya kenapa kenyataan itu keluar dalam waktu
yang sangat panas ini. Adakah kenyataan itu untuk menyediakan pemikiran rakyat
yang jika ada pimpinan mana-mana pihak yang akan dibatalkan pasportnya nanti,
rakyat diminta tidak bertindak dengan cara ganas atau apa?
Ramai yang sangat keliru sekarang
ini. Ada pihak
yang menggunakan kuasa sejak berdekad-dekad lamanya. Ada pihak yang telah merasakan akan dapat
menggantikan kuasa sudah begitu celupar untuk mengambil tindakan dan
memenjarakan pihak yang akan digantikannya itu.
Kalau hendak ambil tindakan pun
biarlah setelah kuasa diperolehi. Tidak perlu bercakap besar di atas nama
ketegasan dan pembaharuan. Apabila ternampak 'rusa di hutan tembak dahulu baru
bersorak'. Tetapi mereka ini bersorak baru hendak menembaknya. Belum pun sempat
menembak rusa sudah cabut lari.
Bila rusa sudah lari, marah-marah
pula kepada semua orang kerana kesalahan sendiri itu. Diri sendiri tidak pernah
bersalah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan