MALAYSIA KINI
Lembaga
Tabung Haji (LTH) akan merombak semula senarai jemaah yang terpilih
untuk menunaikan haji tahun ini berikutan arahan terbaru daripada
kerajaan Arab Saudi untuk mengurangkan kuota jemaah sebanyak 20 peratus.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, arahan itu diterima secara rasmi daripada Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad Al Rashid tiga hari lalu, lapor Berita Harian.
Dalam laporan itu, Jamil berkata pengurangan jemaah bagi menunaikan ibadah itu tahun ini perlu dipatuhi kerana ia membabitkan kerja menaik taraf dan pembesaran kawasan tawaf di sekeliling Kaabah di Masjidil Haram, Mekah.
Kuota jemaah haji Malaysia adalah kira-kira 28,000 atau satu peratus daripada jumlah penduduk iaitu seramai 28 juta dan pengurangan sebanyak 20 peratus itu membabitkan seramai 5,600 orang jemaah.
Laporan itu juga menyebut, difahamkan rata-rata jemaah haji di negara ini sudah menerima surat tawaran menunaikan haji dan ada juga yang telah menjalani pemeriksaan kesihatan.
"Saya sangat berharap keadaan ini dapat diterima dengan baik dan difahami semua jemaah haji Malaysia. Arahan ini bukan dikeluarkan sesuka hati, sebaliknya ia bersangkut paut dengan kerja menambah baik keselesaan jemaah di seluruh dunia.
"Ia bukan hanya membabitkan jemaah haji Malaysia tetapi jemaah dari seluruh dunia. Tidak ada pengecualian atau pilih kasih dalam hal ini," katanya seperti dilapor dalam akhbar itu.
Sementara itu, akhbar itu turut memetik Menteri Haji Arab Saudi Bandar Hajjar sebagai berkata arahan itu dibuat bukan untuk menghalang kedatangan jemaah haji ke Makkah.
Sebaliknya, ia perlu dilakukan bagi menjamin keselesaan jemaah sepanjang tempoh menunaikan rukun Islam kelima itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan