Syed Abdullah Syed Osman Jamalulail, |
|
Kebajikan untuk rakyat Terengganu masih lagi tidak tertunai dan ditahap yang lama sedangkan kekayaan Negeri Terengganu Darul Iman mencurah ruah yang telah dipegang amanahkan kepada Kerajaan Terengganu.
Mungkin tersalah urus ataupun ketidak kebijaksanaan Pegawai-Pegawai yang menjaga amanah itu sendiri menyebabkan sebilangan besar rakyatnya masih tidak dapat menikmati hasil bumi Negeri Terengganu sebagaimana yang sepatutnya.
Sudah sampai masanya setiap keluarga yang menetap dan anak jati dinegeri itu yang bependapatan dibawah RM2000 sebulan diberikan imbuhan tetap sekurang-kurangnya RM500 sebulan dan bukannya hanya diberikan RM200 atau RM300 sahaja hanya apabila menjelangnya Hari Raya Aidil Fitri sahaja.
Dicadangkan juga Negeri Terengganu menyediakan Hospital khas setaraf dengan Hospital Putra Jaya yang lebih selesa dan bertaraf dunia untuk anak negeri termasuk Hospital atau Institut Jantungnya sendiri dan tanpa apa-apa bayaran untuk rakyat Terengganu yang memerlukan apa juga rawatan.
Bagi setiap bayi yang baru lahir pula 'hadiahkan' susu tepung untuk bayi dan lampin selama 2 tahun dan apabila dimasukkan alam persekolahan diberikan duit belanja sebanyak RM60 sebulan setiap murid hingga tamat persekolahan menengah mereka.
Begitu juga setiap rakyat beragama islam diberikan menunaikan haji secara percuma sekali seumur hidup dan juga setiap warga emas dan ibu tunggal diberikan imbuhan tertentu untuk menampung sia-sisa kehidupan mereka itu.Perkhidmatan awam saperti bas didalam kawasan bandar hendaklah diberikan secara percuma juga.
Pinjman khas untuk rakyat yang memerlukan pinjaman tertentu saperti membeli motosikal atau kereta kecil dipermudahkan tanpa dikenakan apa-apa bunga atau faedah tertentu.
Begitu juga setiap kematian ahli keluarga simati diberikan bantuan sebanyak RM3000 bagi urusan perkebumian dan lain-lain dan begitu juga bagi mereka yang hendak mendirikan rumahtangga diberikan ganjaran tertentu sebagai galakan.
Setiap masalah sosial saperti penagihan dadah hendaklah ditangani dengan sewajarnya saperti memberikan mereka kerja yang tetap dan menjaminkan kehidupan mereka dengan syarat mereka itu tidak kembali kepada ketagihan lagi.
Ini semua tidak mustahil kita laksanakan kerana ada negara dan diantaranya sebuah negara Islam dirantau ini yang kaya raya mengikut kaedah sebegini dan ianya berjaya dimana kerajaan negaranya bertambah makmur dan rakyatnya hidup dengan menikmati segala kemudahan dengan aman dan damai.Walaupun negara berkenaan nampak kaya dan hebat kerana bukannya pembangunan besar-besaran yang diutamakannya tetapi adalah kebajikan rakyatnya yang diberikan tumpuan sepenuhnya dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan