Salmiyah Harun, |
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, walaupun tuntutan rakyat yang dibuat berkali-kali melalui Bersih ditolak kesemuanya melainkan penggunaan dakwat kekal.
"Dakwat kekal yang tidak kekal ini adalah bukti jelas bahawa proses PRU13 yang dikendalikan oleh SPR tidak telus dan dicemari dengan penipuan,"katanya.
Namun, apa yang berlaku katanya, dakwat hitam yang dikatakan kekal selama lima hari rupanya indah khabar dari rupa dan lebih mengejutkan alasan-alasan SPR untuk menutup penipuan kononya dakwat itu perlu digoncang terlebih dahulu.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya di Kongres Nasional Keadilan Ke-9 yang sedang berlangsung di Dewan Sivik MBPJ di sini hari ini.
Malah katanya, seluruh rakyat Malaysia merasa amat kesal atas kegagalan SPR melaksanakan amanah yang diberi rakyat dengan adil dan saksama.
"Tindakan SPR ini mengingatkan kita kepada nasihat yang diberikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada seorang sahabat Abu Dzar Al-Ghiffari.
"Apabila amanah itu dilenyapkan, maka tunggulah datangnya kiamat. Di tanya kepada Baginda SAW, "Wahai Rasulullah, bagaimana melenyapkan amanah itu?" Rasulullah bersabda "Apabila amanah itu diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah datangnya kemusnahan," katanya memetik sabda Rasulullah SAW.
Kira-kira 2,070 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara mengikuti kongres kali ini, rata-rata di kalangan mereka mengenakan baju berwarna hitam sebagai membantah penipuan yang dilakukan oleh SPR dalam PRU13 baru-baru ini.
Pimpinan Pakatan Rakyat yang turut kelihatan di dalam kongres ini termasuklah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Penasihat DAP Karpal Singh.
Kongres Nasional yang berlangsung dua hari bermula semalam, hari ini merupakan kongres penuh yang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution kira-kira jam sembilan pagi.
Persidangan kali ini dijangka akan ditangguhkan jam 7.00 malam nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan