Surat Terbuka Untuk Dato Seri Najib Tun Razak
INIKALILAH!.BLOGPOT
Kepada Dato Seri Najib Razak,
Saya adalah salah seorang anak malaysia yang berumur 27 tahun dan
bekerja sebagai jurutera di salah sebuah syarikat multinasional di
Kulim. Di sini, saya mengambil kesempatan ini untuk menyuarakan
pandangan saya mengenai cara kerajaan bawah pimpinan anda melayan
pandangan rakyat mengenai isu-isu yang mereka hadapi dan menjadi buah
mulut sekarang.Saya boleh merumuskan bahawa pihak kerajaan BN melepaskan
diri malah gagal menjawab sebahagian kesangsian rakyat mengenai -
Rasuah, Kronisme,salah laku piliharaya dan sebagainnya. Malah iannya di
layan dengan angkuh dan memberi jawapan berbaur perkauman sekaligus
menyekat suara rakyat.
Pertama kali, tahniah diatas
"kemenangan" parti Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang lepas.
"Kesungguhan" jenteran BN yang "bekerja kuat dan bertungkus lumus"
memang "amat mengkagumkan" saya. Tahniah...
Selama kini, pihak
menteri Barisan Nasional hanya pandai membuat pengumuman,memberi
ayat-ayat yang cukup cantik dengan susunan subjek dan predikat yang
teratur, memberikan sesuatu kepada rakyat dalam apa jua rancangan
kerajaan. Barisan kabinet BN duduk dalam bilik Air Cond, dapat kereta
dengan pemandu (gaji and duit petrol di bayar oleh wang kerajaan dari
cukai rakyat), rumah kerajaan di mana kesemua perbelanjaan ini
ditanggung oleh kerajaan pusat. Cuba letak diri anda dan barisan kabinet
anda dalam pandangan rakyat miskin dan cuba menjalani kehidupan mereka
dengan bergaji biasa seperti
1. Tanpa pemandu, body guard.
2. Sesak dalam kesesakam lalu lintas. Bangun awal ambil LRT tanpa sepcial route..
3. Bebanan hutang PTPTN..
4. Bebanan ansuran kereta..
5. Guna petrol pakai duit poket anda...
6. Beli sayur dan keperluan barangan harian..
7. Bayar bil bil bulanan..
Baru anda memahami apa itu keperitan dan kesusahan rakyat yang
sebenarnya.Sebagai contoh, di Malaysia seorang graduan jurutera akan
memperolehi ijazah sarjana muda dalam lingkungan 23-24 tahun. Dia
bermula kerja pada usia 25 dengan gaji pokok RN 2500 dan dalam masa
empat tahun, hasil akaun2 dalam KWSP nya adalah cuma mencecah jumlah ~
RM 10K di mana duit sebanyak itu memang tidak cukup untuk bayar wang
pendahuluan (10%) bagi rumah idamaanya yang berjumlah RM280K. Tambahan
pula, dengan bebanan PTPTN, ansuran kereta, di mana akhirnya hanya
tingaal beberapa ringgit sahaja dalam akaunnnya.
BR1M, MR1M KR1M adalah
cuma "gula-gula" sahaja di mana rakyat tiada sentiasa mengharapkan untuk
menyelesaikan masala seharian mereka. Adalah mustahil bagi COCA COLA
sekali kala sahaja kepada rakyat, padahal rakyat sengsara di sebabkan
dahaga. Fahami kehendak rakyat yang asas. Kita memerlukan satu
penyelesaian yang kolektif dan menyeluruh yang dapat membendungkan
masalah mereka.
Setakat memberitahu depan pemberita dan klik cahaya lens
kamera "Kita turun padang" di bawah bilik air cond, memang tiada hasil
kepada rakyat... Jangan turun padang, malah sentiasa berada di padang.
Itu yang kita hendak semua pemimpin laksanakan. Ambilah Mahatma Gandhi,
Nelson Mandela sebagai contoh kepimpinan untuk kerajaan anda.Pemimpin
yang sebenarnya adalah bukan setakat memahami kesusahan rakyat malah
mengalaminnya dengan perasaanya sendiri. Cubala keluar dari lingkungan
GELOMBANG BIRU BN YANG SELESA KRONI itu dan masuk, bertapak dalam
lingukungan kehidupan rakyat yang biasa and feel the pain and gain.
Trust me, you will be appreciated !!!.... Memang kebanyakkan pemimpin BN
berasal dari keluarga miskin tapi zaman itu kita boleh beli roti kosong
dengan 20sen dan hari ini ia adalah RM1.80. Jangan bandingkan kehidupan
masa sila anda dengan kehidupan mereka sekarang.
Selain itu,
saya menyeru supaya jalanilah kehidupan sederhana seperti Tok Guru Nik
Aziz, yang menjadi ulama model saya, walaupun saya beragama Hindu.
Kehidupan beliau yang begitu sederhana, sekaligus menjadi contoh
kepimpinan ulama yang berlandaskan Islam memang menarik perhatian ramai
pemuda, bahkan bukan sahaja Melayu, tapi Cina dan India. Tapi dalam
barisan BN, terdapat banyak pemimipn yang hidup mewah, dapat kontrak,
bersifat perkauman, yang sentiasa mengeluarkan kenyataan yang
mengguriskan hati oran lain dan Dato seri masih menyokong mereka.
Tiada
tindakan dikenakan terhadap mereka walaupun beratus-ratus laporan
dibuat. Ini yang membuatkan rakyat marah dengan BN. Mereka hendak
penjelasan mengenai rasuah Taib Mahmud, Misteri Altantuya, Defisit
hutang kerajaan yang tidak pernah tinggi, rasional di sebalik membeli
jack kereta sebiji dengan harga RM5000 dan bukan setakat menerima BR1M
dan cium tangan BN..
Kita memerlukan Pemimpin seperti DSAI,
LGE,TGNA,LKS, Rafizi, Nurul Izzah, Surendran, Mat Sabu dalam pentadbiran
kerajaan menguruskan kewangan/ ekonomi.Dengar pandangan/idea mereka.
Harus diingat, pembangkang dan kerajaan bekerja untuk rakyat.
Pembangkang bukan musuh negara !.. Tetapi di Malaysia, sejak dari zaman
Mahathir sampai zaman anda, idea mereka dicemuh malah langsung tidak
dipeduli. Ajakan debat terbuka supaya rakyat boleh menilai rasional dan
logik di sebalik kewibawaan idea itu dengan menganalisa dan mengupas
keberkesanan, ditolak malah mengatakan debat bukan budaya kita. Tapi
anda memberi hadiah kepada pertandingan Pertandingan Debat Piala Perdana
Menteri. Ape nie Dato Seri ? ?
Pembangkang terdiri daripda
darah-darah muda seperti Rafizi. Cara mereka untuk memanifestokan kempen
mereka melalui Youtube dengan memberitahu secara terperinci bagaimana
menurunkan harga kereta dengan menggariskan kaedah-kaedah perlaksanaanya
yang merangkumi nombor-nombor dan carta memang memenangi hati pemuda di
laman web sosial, Tidak kira India, Cina dan Melayu,kempen mereka
dipenuhi dengan gambaran kehidupan rakyat sekarang dan cara/kaedah
penyelesaiaanya.
Sebab itulah Tsunami pilihanraya berlaku kali ini,
menyebabkan BN kalah dalam usaha memenangi majoriti 2/3 dalam Parlimen.
Tetapi kempen BN, kebanyakkan konsep hanya meliputi BR1M, KR1M, video
lucah, BIRIBURIBU TANIA, sewa Youtube bahagian iklan dengan tiada button
SKIP, fitnah, dan unsur perkauman. Rakyat sudah mual dengan cara-cara
kotor sebegini. Malah, bila kita menyuarakan pendapat/soalan, jawapan
yang kami terima adalah SYUKURLAH APE YANG BN BUAT....
Pada pandangan
saya,semua yang dibuat oleh BN selama ini adalah TANGGUNJAWAB sesebuah
kerajaan walaupun ia tidak meliputi skop kehendak rakyat sebenarnya..
Hanya orang bodoh sahaja yang memuji sikap ayah seseorang yang
membelikannya beg sekolah yang langsung tiada zip padahal anak dia
meminta beg yang ada zip banyak, memudahkan urusan simpanan
buku-bukunya... Itula tanggungjawab yang sebenar !!!..Kalau anda rasa
pembangkang membuat tohmahan, cuba buktikannya salah berdasarkan kaedah
yang telus dengan mendekati rakyat.....Bukan dengan angkuh...
Konsep Satu Malaysia pula,memang tidak mencapai objektif. Hapuskan
politik perkauman dalam BN dulu. PKR ada Melayu, Cina dan India. DAP ade
Melayu, Cina dan India. PAS pula ada Melayu, kelab penyokong PAS Cina
dan India. Saya bangga mengatakan..
PAS letak calon wanita India...
DAP mempunyai 3 calon melayu memenangi Parlimen menentang calon Cina dari MCA..
PKR meletakkan calon India Surendar dan merampas kerusi Padang Serai...
MIC ada letak calon Cina ?
UMNO ada letak calon India ?
MCA ada letak calon Melayu ?
Apa yang nampak, letak BANGLA aje...
Apa yang nampak, menyaksikan Earth Hour pada hari semakan undi....
Hapuskan mentaliti perkauman. Terapla nilai kesaudaraan dan semangat
kemalaysiaan dalam pentadbiran anda. Semangat persaudaraan ini dilihat
di Pakatan Rakyat yang menarik saya sememangnya, bahkan ramai pengundi2
Melayu dan Cina. Setakat reka tema, lagu dan goyang bendera 1Malaysia,
memang tidak berbaloi untuk zaman ini. Apa gunannya mencantikan muka
bayi dengan bedak wangi, padahal punggungnya yang bertahi dengan
perkauman dibiarkan tanpa mencuci selama-lamannya ?
Cuba buat
kajian "kekalahan" BN dalam pilihanraya dan jangan sekali-kala menuding
jari ke pihak lain. Baki ketiga-tiga jari itu menuding pada diri
anda.Harap kerajaan yang baru dbentuk cuba menukarkan style pentadbiran
anda. Bekerjasama dengan pembangkang menjamin masa depan rakyat...
Nobody is perfect but if team work is achieved, we can make it as
perfect !!!
Bagi racist yang inginkan saya keluar Malaysia..
Ini adalah tanah kami bersama dengan kawan-kawan Melayu dan Cina saya..
Datuk member Melayu saya berjuang dengan askar menentang British YANG SEKARANG SEMUA BOLEH FACEBOOK DUK GOYANG KAKI...
Datuk member India saya pula menghapuskan hutan-hutan dan memajukan
kawasan ladang getah,mengayakan ekonomi yang sekarang jadi PUTRAJAYA...
Datuk member Cina saya pula turun siang di bawah serikan matahari,
memajukan kawsan perlombongan YANG SEKARANG ADALAH KUALA LUMPUR....
Jangan rosakkan semangat kerjasama ini..Ini terbukti dalam Sejarah...
Darah saya tumpah di sini masa kecil..
Titik peluh semua di erap masuk de dalam tanah ini..
Maka nafas saya juga berakhir di sini....
Racist OR Macai BN,
Anda boleh menjadi HERO yang ZERO tapi adalah mustahil bagi anda memadamnkan
1.Memori saya menonton rancangan Peter Russel tanpa berbaju dengan
member Cina dan Melayu saya masa di UnimAP dalam satu katil.....
2. Memori saya dengan seorang member Melayu saya yang menyuruh Makcik
supaya jangan terbagi Nasi Goreng daging kepada saya masa makan kat
cafe...
3. Memori saya tidur dikatil yang sama dengan member saya dari Kelantan and Sabah...
4. Memori saya pegang Tanglung dan ronda-ronda di sekitar hostel bersama amoi- amoi Cina...
5. Memori saya berpakat dengan member Melayu dan mengurat awek India...
6. Cinta crush saya pertama masa sekolah menegah adalah gadis Melayu dari kelas saya..
7. Memori saya menerima surat "secret admirer" dari gadis Melayu idaman saya di UniMAP...
Ini adalah persahabatan dan nilai kesaudaraan yang saya kecapi selama ini....
HARAP MAAF JIKA TATABAHASA SAYA SILAP...
Anak Malaysia,
Theeban
Tiada ulasan:
Catat Ulasan