Jumaat, 10 Mei 2013

Selepas pencuri lembu, kini pencuri PRU13 pula diburu

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli yang terkenal sebagai pembongkar kepada skandal 'cow gate' membabitkan pemimpin negara, kini bakal memburu pula pihak yang menipu dalam pilihan raya.

Ahli Parlimen Pandan itu, yang juga dilantik sebagai ketua kumpulan siasatan penipuan PRU13, berkata beliau akan memastikan segala penipuan dalam PRU13 lalu dibongkarkan kepada seluruh rakyat negara ini.

“Kalau dahulu saya mengejar pencuri lembu, sekarang saya akan kejar pencuri keputusan PRU ini kerana kerajaan haram yang ditubuhkan adalah sebuah mandat yang akan mencuri masa depan Malaysia," katanya pada program Suara Rakyat Suara Keramat: Tolak Penipuan PRU 13, di Stadium Kelana Jaya kelmarin.

Menurut Rafizi, pembongkaran penipuan itu sangat penting bagi memastikan segala kecurangan dalam PRU akan datang dapat dibasmi dengan lebih berkesan.

“Kita tidak mahu penipuan ini berlaku lagi, lagi dan lagi. Kita mesti bangkit menolak penyelewengan yang jelas ini dan kita mesti lawan sampai ke Putrajaya,” katanya lagi.

Pengarah Strategi PKR itu juga berkata segala bukti penipuan PRU13 itu akan dikumpul untuk bantahan melalui mahkamah dan dalam Parlimen.

Tiada ulasan: