KEADILAN DAILY
(Kenyataan N Surendran, Naib Presiden KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Padang Serai)Saya merujuk kepada keputusan bancian yang dikeluarkan pada 16 Mei 2013 yang mendapati bahawa 81% rakyat Malaysia mahu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara dari politik.
Keputusan bancian tersebut sangat tidak tepat memandangkan sokongan padu yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim di seluruh negara sejak beliau mengumumkan tidak akan menerima keputusan PRU 13 yang penuh penipuan dan akan terus berjuang menawan Putrajaya.
Sokongan ini dapat dilihat dengan kehadiran ratusan ribu rakyat Malaysia menyambut Anwar di himpunan yang sedang berjalan di seluruh negara.
Di media sosial, di himpunan awam dan jalanan, majoriti rakyat bersatu mahukan Anwar berjuang hingga selesai.
Anwar dan Pakatan Rakyat meraih 52% undi popular dan BN 47% walaupun dengan persempadanan semula, penipuan dan amalan berat sebelah dalam proses pilihan raya.
Ini bermakna majoriti rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Persekutuan, dan Anwar sebagai Perdana Menteri. Anwar walaubagaimanapun akan meneruskan tugas sebagai ketua Pakatan Rakyat sehingga kemenangan dicapai dan kehendak rakyat sangat memberi kesan.
Ia akan menjadi satu beban besar jika Anwar bersara dari politik di saat-saat getir sejarah negara.
Situasinya mungkin berlainan jika Barisan Nasional memenangi PRU 13 dengan adil dan dalam situasi tersebut Anwar mungkin akan meneruskan niat beliau untuk bersara dari politik.
Tanpa kira apa yang bakal berlaku pada masa depan, Anwar telah mendapat tempat yang sangat besar dalam sejarah kita dan dalam hati kebanyakan rakyat Malaysia; perjalanan perjuangan politik yang panjang menyebabkan wujudnya sistem dua-parti yang sangat efektif kepada negara, dan membawa demokrasi yang matang kepada Malaysia.
Masih banyak lagi yang perlu diselesaikan. BN tidak dapat dibantu lagi, tidak dapat diperbaharui; dan demi kebaikan negara ini, mereka perlu diberhentikan dari kuasa. Rakyat tahu tentang ini dan ini adalah sebab mengapa mereka akan terus menyokong perjuangan Anwar untuk demokrasi dan keadilan di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan