MALAYSIA KINI
Badan
Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis
terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit
Siang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang didakwa membuat fitnah
terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kamarudin Hassan berkata laporan polis juga dibuat mengenai perhimpunan haram di Stadium Kelana Jaya pada 7 Mei lepas dan fitnah kononnya Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dipaksa meletakkan jawatan.
Ketiga-tiga laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada jam 3 petang, katanya kepada pemberita.
Turut hadir Setiausaha Kerja Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Khyril Anuar Abd Rahim dan Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju Azha Mustapha.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad mengesahkan menerima laporan itu.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan