Jumaat, 17 Mei 2013
Rafizi: Pakatan akan desak reformasi SPR ‘di mahkamah, jalanan dan Parlimen’
Bercakap dalam satu forum mengenai fakta di belakang kemenangan undi popular PR
dalam Pilihan Raya 2013 di sini malam tadi, beliau mengatakan satu-satunya cara adalah dengan terus melawan dan memberikan tekanan supaya SPR benar-benar diubah dan digantikan oleh mereka yang adil dan percaya dengan pilihan raya bersih.
“Kita perlukan SPR direformasikan sepenuhnya di mana pengerusi sehingga semua pegawainya digantikan oleh pegawai baru yang dipersetujui oleh PR dan orang awam untuk menjamin mereka tidak berpihak kepada mana-mana parti,” katanya.
Menurutnya, hanya selepas SPR direformasikan secara menyeluruh pilihan raya semula akan diadakan bagi membuktikan terdapat kecurangan dan penipuan terutamanya di 30 kerusi marginal.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan