Khamis, 9 Mei 2013

PKR bidas cubaan takutkan rakyat

Wartawan Sinar Harian
Rafizi
Rafizi
 
SHAH ALAM - PKR mengecam anasir penghasut yang cuba menakut-nakutkan rakyat terutamanya golongan bukan Melayu mengenai perhimpunan 'Suara Rakyat Suara Keramat' yang dijadual berlangsung di Stadium Kelana Jaya malam tadi.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli berkata, khidmat pesanan ringkas (SMS) mula disebarkan kononnya perhimpunan itu adalah satu alasan agar satu pergolakan kaum bermula.

“Beberapa pesanan ringkas merujuk kepada peristiwa 13 Mei yang kononnya dikaitkan dengan perhimpunan malam ini (semalam) sedang berlegar jelas berniat jahat.

“Saya akan membuat satu laporan polis di Balai Polis Tropicana pada jam 3 petang ini (petang semalam) agar pihak berkuasa menyiasat secepat mungkin pihak yang cuba menimbulkan huru-hara dan ketakutan dengan memainkan sentimen perkauman melalui edaran SMS tersebut,” katanya.

Tiada ulasan: